awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual

Bernama
Bernama
25/01/2024
20:45 MYT
Kongsi aktiviti anak di media sosial undang risiko jenayah seksual
Siti Kamsiah berkata, ibu bapa seharusnya mengawal penggunaan dan perkongsian aktiviti anak-anak di media sosial, selain perlu menjadi individu yang paling dipercayai oleh anak-anak untuk berkongsi masalah. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, maklumat berkenaan menarik pelaku seksual terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.
"Berhati-hati apabila membuat sebarang hantaran kerana impak daripada sekeping gambar boleh membawa kepada jenayah seperti pemerasan seks.
"Bagi yang memasuki alam remaja berusia 12 dan 13 tahun, mereka ini sudah boleh keluar rumah tanpa kawalan dan berjumpa dengan pelaku dan ini membawa kepada kes rogol, amang seksual dan lain-lain...semua ini hanya bermula daripada hantaran di media sosial," katanya ketika menjadi tetamu pada program 'Apa Khabar Malaysia' terbitan Bernama TV pada Khamis.
Siti Kamsiah berkata, ibu bapa seharusnya mengawal penggunaan dan perkongsian aktiviti anak-anak di media sosial, selain perlu menjadi individu yang paling dipercayai oleh anak-anak untuk berkongsi masalah.
Jelasnya, ini kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja berpotensi diumpan seorang pedofilia yang kononnya bersedia berkongsi masalah dengan mereka.
Dalam pada itu, Siti Kamsiah berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes jenayah seksual mencatatkan peningkatan 15 peratus pada tahun lepas berbanding 9.6 peratus pada 2022. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#jenayah seksual
#golongan pedosilia
#kes rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan