awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongsi maklumat solat hajat, bukan Islam turut berdoa

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2014
11:55 MYT
Kongsi maklumat solat hajat, bukan Islam turut berdoa
Gambar Fail
Misteri kehilangan pesawat MH370 terus menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.
Namun bagi rakyat beragama Islam di negara ini, memohon petunjuk Ilahi adalah salah satu usaha agar misi pencarian pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang hilang sejak awal pagi Sabtu dipermudahkan.
Sehubungan dengan itu, solat sunat hajat berjemaah dari beberapa daerah dan institusi dilihat telah mula diadakan bermula malam ini.
Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi maklumat mengenai solat hajat yang diadakan di kawasan mereka bagi bersama-sama mendoakan keselamatan dan usaha pencarian berhasil.
Antara kawasan dan institusi yang menganjurkan solat hajat bermula 9 Mac adalah:
  • Kampus Sultan Azlan Shah, Masjid Sultan Azlan Shah
  • Dewan Ulamak PAS Pusat, Taman Melawar
  • Masjid At Taqwa TTDI
  • UiTM Kuala Terengganu, Surau Destini Ar-Raudhah
  • Masjid Kampung Gaung, Kuala Berang, Terengganu
  • Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Surau As-Syahadah
  • Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri
  • Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak
  • SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan
  • Kolej Dato’ Onn
  • International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak
"#SolatHajat malam ini di TTDI. Semua dijemput hadir #prayformh370 #malaysia #love … http://t.co/gQmf7hZxsj
— Shahrul Reimey (@SReimey) March 9, 2014
Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Sultan Azlan Shah, KSAS. #PrayForMH370 pic.twitter.com/4tPaOE5Uxp
— WELOVEUPSI (@WeLoveUPSI) March 9, 2014
Solat Hajat Perdana Malam Ini di Taman Melewar Selepas Isya 1. Dewan Ulamak PAS Pusat dengan kerjasama Dewan... http://t.co/lGXqMQrCIq
— PemudaBatu.com (@PemudaBatu) March 9, 2014
The gang at Hotfm akan menunaikan solat sunat hajat berjemaah di masjid At Taqwa TTDI malam ini bermula 7mlm. Sama2 lah kita ya InsyaAllah.
— sharifahaLEYA (@sharifahaLEYA) March 9, 2014
Solat hajat di Masjid Kampung Gaung malam ni. #MH370
— Amsyar's Aunt (@FarizanHajiMad) March 9, 2014
Solat Hajat at Surau Destini Ar-Raudhah tonight after Maghrib prayer. Let's pray for the best for them #UiTMKT #PrayForMH370
— . Ain Nadie . (@artaddicted07) March 9, 2014
Insyaallah pd mlm ini slpas maghrib,Surau As-Syahadah KPMIM akn mngadakan solat hajat bg memohon keselamatan kpd penumpang pesawat MAS MH370
— Ghuraba' (@ahmadnizar95) March 9, 2014
Sharing is caring #PrayForMH370 .. Solat Hajat akan diadakan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri… http://t.co/HLUt87Litu
— Norhayati Tasli (@yatttasli) March 9, 2014
Alhamdulillah malam tok sekolah teknik sejingkat mengadakan solat hajat dengan MH370 :')
— Foxxxxxx ♥ (@Ainn_anne_aen) March 9, 2014
malam ni smk dato perdana buat solat hajat untuk #MH370 ! #PrayForMH370
— lux (@NoorNajihah_) March 9, 2014
Student2 UPSI, mlm nie ad solat hajat dkt masjid KSAS utk #MH370 boleh la sama2 pergi. Sama2 kita imarahkan masjid mlm nie. #PrayForMH370
— ShiEkiN (@shiekinalias) March 9, 2014
Kolej Dato Onn is holding a solat hajat for #MH370 tonight. May all ends well for #MH370.
— Syark Attack (@SyarkWasangka) March 9, 2014
Solat hajat utk mh370. Mari ramai2 turun. #prayformh370 #solathajat #shasmosque #iium #gombak http://t.co/tGxjQkz7RP
— fatin samuri (@fatinsamuri) March 9, 2014
@sultanmuzaffar @501Awani UUM akan mengadakan solat hajat sempena #MH370 di masjid slps solat mghrib hri ni
— Syed Amir  ᴼᴿᴵᴳᴵᴻᴬᴸ (@syedamir90) March 9, 2014
@sultanmuzaffar @501Awani solat hajat oleh kelab umno leeds bradford, uk. @AchikAshraf
— K-O (@mynameisk0) March 9, 2014
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjemput umat Islam untuk menyertai sembahyang sunat hajat anjuran 1Malaysia For Youth dibeberapa masjid yang telah dijadualkan.
solat hajat
solat hajat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya kepada Bernama berkata beliau mengarahkan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya agar segera melakukan solat sunat hajat secara berjemaah.
Begitu juga dengan penganut agama lain di negara ini yang turut mendoakan keselamatan penumpang-penumpang yang terlibat.
Beberapa pengguna media sosial yang bukan beragama Islam turut berkongsi acara doa yang mereka lakukan di kuil dan gereja masing-masing bagi memohon agar pencarian berhasil.
Church in Klang prays for passengers and crew of MH370. @501Awani @sultanmuzaffar #PrayForMH370 pic.twitter.com/2raz9235FZ
— Muhammad HafizRayyan (@HafizRayyan) March 9, 2014
We did pray for the safety and families #mh370 today in church this morning.
— Boyke Wijono (@BoykeWijono) March 9, 2014
Topic Berkaitan
#Boeing 777-200
#Malaysia Airlines
#MAS
#MH370
#solat hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan