Konkrit 300 tan jatuh, 3 warga Bangladesh dipercayai tertimbus

Astro Awani
Ogos 18, 2014 17:42 MYT
Foto Twitter @bombajbpm
Syarikat Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya pada Isnin.
Dalam kenyataannya, MRT Corp berkata sebuah jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang dalam pembinaan telah tertanggal dari tiang dan terjatuh.
MRT Corp turut mengesahkan bahawa tiga pekerjanya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan konkrit.
Tiga pekerja terbabit adalah warga negara Bangladesh yang dikenali sebagai Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
MRT turut memaklumkan tiada orang awam yang terbabit dalam kemalangan berikutan tapak kemalangan tidak boleh dilalui sebarang kenderaan awam.
Lokasi kejadian adalah berhampiran Stesen MRT Kwasa Damansara yang dalam pembinaan.
Siasatan kini sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Susulan itu juga semua kerja-kerja pembinaan di laluan Pakej V1 yang dikendalikan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd. telah digantung sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan MRT Corp kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid yang berada di lokasi melahirkan rasa kecewa dengan insiden.
“Meskipun siasatan masih dijalankan, pihak MRT Corp mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kemalangan itu. Sejurus siasatan selesai, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azhar.
Awal malam tadi menerusi tweet-nya, MRT Corp memaklumkan pasukan bertindak iaitu polis serta pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan dan diletakkan keadaan bersedia di lokasi kemalangan.

Anggota STORM & K9 #BOMBA sdg melakukan penyelamatan dan pencarian di tapak runtuhan MRT sekarang pic.twitter.com/csD495EbcG

— BOMBA (@bombaJBPM) August 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

KES RUNTUHAN BLOK KONKRIT MRT berat 3 tan bhampirn Hsptl Pusrawi Damansara 9.46 mlm.3 trspit. STORM & K9 ke tmpt kjdn pic.twitter.com/wHYfNlsBSP

— BOMBA (@bombaJBPM) August 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

STATEMENT ON INCIDENT AT RUBBER RESEARCH INSTITUTE SITE (10.30pm update)

— Mass Rapid Transit (@MRTMalaysia) August 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Investigations are currently being carried out. An emergency response team, Police and Fire and Rescue Services have been mobilised and

— Mass Rapid Transit (@MRTMalaysia) August 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

are on standby at the site of the incident. An update will be issued with further details.

— Mass Rapid Transit (@MRTMalaysia) August 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#jambatan #jatuh #Mass Rapid Transit Corporation #MRT #tertanggal