MALAYSIA
Konsensus Lima Perkara kekal panduan utama ASEAN tangani isu Myanmar - Menteri Luar Mohamad
Sementara itu, Mohamad berkata negara anggota ASEAN setuju meneruskan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar. - Gambar fail/BERNAMA
CEBU (Filipina): Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa Konsensus Lima Perkara (5PC) kekal sebagai panduan utama ASEAN dalam menangani isu di Myanmar, selain mengulangi gesaan blok serantau itu untuk menghentikan keganasan dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada pihak yang memerlukan.
Ringkasan AI
Perkara itu ditekankan pada Rundingan Tidak Rasmi dan Rundingan Tidak Rasmi Lanjutan mengenai Pelaksanaan 5PC yang membincangkan situasi di Myanmar pada Rabu.
"Kami menekankan bersama (semalam) bahawa Myanmar perlu menghentikan keganasan terhadap rakyatnya. Itu merupakan keutamaan dalam 5PC.
"Selain itu, kami menekankan segala bantuan kemanusiaan sampai ke tempat dan pihak yang memerlukan," katanya kepada Bernama.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro mempengerusikan mesyuarat konsultasi pada Rabu melalui mekanisme Troika ASEAN. Malaysia, pengerusi ASEAN terdahulu, Filipina (pengerusi semasa) dan Singapura (pengerusi akan datang) mengadakan rundingan sebelum perbincangan bersama negara anggota lain.
Mesyuarat konsultasi itu diadakan sempena Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di bawah Kepengerusian ASEA-Filipina 2026.
Krisis di Myanmar kekal menjadi tumpuan utama perbincangan ASEAN sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 yang menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dan mencetuskan pergolakan serta keganasan.
5PC yang diterima pakai pada April 2021, menggesa penghentian segera keganasan, dialog inklusif antara semua pihak, pelantikan utusan khas ASEAN untuk memudahkan perbincangan, bantuan kemanusiaan, serta penglibatan utusan khas dengan semua pihak berkepentingan dalam krisis Myanmar.
Mengenai pilihan raya di Myanmar, Mohamad berkata negara anggota ASEAN juga akan meneruskan pemantauan rapat perkembangan pascapilihan raya Myanmar yang diadakan baru-baru ini.
"Kita mengambil pendirian bahawa pilihan raya itu merupakan pilihan raya yang diadakan Myanmar.
"Malaysia tidak akan mencampuri hal ehwal negara lain, terutamanya pilihan raya di negara lain. Jadi kita (Malaysia) tidak membuat apa-apa keputusan tentang pilihan raya yang diadakan. Itu pilihan raya yang mereka adakan, itu pulanglah kepada mereka," katanya.
Mohamad berkata beliau telah mencadangkan supaya menteri-menteri luar ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pilihan raya di Myanmar.
Myanmar yang memulakan pilihan raya umum berperingkat tiga fasa iaitu fasa pertama pada 28 Dis lepas di 102 pekan, fasa kedua pada 11 Jan 2026 di 100 pekan dan fasa ketiga pada 25 Jan 2026 melibatkan 63 pekan di wilayah dan negeri masing-masing.
Sementara itu, Mohamad berkata negara anggota ASEAN setuju meneruskan Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar.
"Special envoy (duta khas) akan menjadi sebagai penghubung antara ASEAN dengan negara Myanmar," katanya.
Lazaro yang merupakan duta khas mula mempergiat usaha awal tahun ini apabila beliau melawat Naypyidaw dan mengadakan satu pusingan rundingan pihak berkepentingan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Konsensus Lima Perkara (5PC) terus menjadi panduan utama ASEAN dalam menangani krisis di Myanmar, dengan tumpuan kepada menghentikan keganasan terhadap rakyat dan memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan berkesan.
- Rundingan Troika ASEAN yang dipengerusikan oleh Filipina melibatkan Malaysia dan Singapura mengadakan perbincangan berkenaan situasi di Myanmar, sebagai kesinambungan usaha untuk menyelesaikan krisis yang berlarutan sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.
- Negara anggota ASEAN akan terus memantau perkembangan pascapilihan raya di Myanmar tanpa campur tangan dalam proses pilihan raya negara tersebut, sambil bersetuju untuk meneruskan usaha diplomatik melalui Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar.