DREBAR
Konsep C-HR

Apa yang anda saksikan adalah gambaran Toyota mengenai apa yang mereka ingin bawa ke segmen C – sebuah crossover.
Konsep C-HR ini akan dipertontonkan ke dunia dengan rasmi pada pamera kereta Paris yang akan bermula pada awal bulan Oktober nanti.
Sepertimana biasa bagi sebuah kereta konsep, C-HR ini mempunyai rekaan yang mencuri perhatian – tayar yang besar beserta fender yang juga menonjol, lampu yang direka begitu tajam dan hanya dua pintu untuk menjadikannya lebih ‘sporty’.
Tetapi mungkinkah ini adalah suatu petunjuk bahawa C-HR ini sebenarnya adalah SUV kompak? Itulah yang kami fikirkan.
Kita tunggu sahaja ia timbul di Paris nanti, sebelum kita menunggu jauh lebih lama untuk menanti apa rupa mutamad konsep C-HR ini.
