awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsep mesra pelabur beri impak besar kepada Kedah - MB Kedah

Bernama
Bernama
19/01/2024
09:45 MYT
Konsep mesra pelabur beri impak besar kepada Kedah - MB Kedah
Muhammad Sanusi berkata menerusi konsep mesra pelabur, Kedah mencapai nilai pelaburan mengatasi sasaran tahunan RM10 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2021. - Gambar fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Konsep mesra pelabur yang diamalkan kerajaan Kedah memberi impak yang cukup besar dalam menarik pelaburan yang begitu tinggi ke negeri itu sejak tiga tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata menerusi konsep itu, Kedah mencapai nilai pelaburan mengatasi sasaran tahunan RM10 bilion bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2021.
"Kerajaan negeri komited untuk memudah cara sebarang urusan di bawah kuasanya dalam setiap proses yang perlu dijalani oleh pelabur. Meskipun tertakluk kepada prosedur dan peraturan sedia ada, kerajaan negeri menerusi agensinya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengamalkan konsep mesra pelabur.
"Ini bagi mempermudah urusan sekali gus menjimatkan masa dan kos pelabur, asalkan semua peraturan dipatuhi," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kedah pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, Muhammad Sanusi mengetuai delegasi pelaburan Kedah berkunjung ke Greennovo Enviromental Technology Co Ltd di Gejiu City, wilayah Yunnan, China, semalam.
Greennovo ialah pengeluar produk berasaskan keluli daripada jenis zink dan mempunyai lebih 20 kilang di serata dunia antaranya di Mesir, Vietnam, Laos dan Thailand, tambah kenyataan itu.
Di Malaysia, Greennovo melalui syarikat kerjasama, Xin Sheng Environmental (M) Sdn Bhd menjalankan aktiviti pengeluaran produk zinc oxide recovery di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Kulim di Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsep mesra pelabur
#Kerajaan negeri Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#pbt
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan