awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Muse buka ruang rezeki penjaja kecil

Faida Rahim
Faida Rahim
29/07/2023
11:15 MYT
Konsert Muse buka ruang rezeki penjaja kecil
Golongan penjaja kecil di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil berharap diberi peluang dan ruang untuk mencari rezeki. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kumpulan penjaja sempena berlangsungnya konsert band rock popular England, Muse, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil memohon agar diberi peluang dan ruang untuk berniaga.
Kata salah seorang peniaga, Daus Bagu, mereka pada awalnya terpaksa mengalihkan barang jualan seketika ketika diminta pihak penganjur konsert.
“Beri kami peluang berniaga, bukan nak untung ribu-ribu pun.
“Dari semalam kami buat persiapan untuk berniaga. Bila dihalau tadi, kecewa la juga. Mujur selepas itu, kami dibenarkan semula untuk sambung berniaga,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Bagi peniaga baju, Muhd Azahari Hasan memaklumkan dia turut diarah mengalihkan barang jualan sebentar tadi.
Namun begitu, selepas beberapa jam, mereka dibenarkan semula untuk menyambung berniaga.
Dalam masa sama, dia teruja selepas jualan baju berlatarkan gambar kumpulan Muse mendapat sambutan luar biasa.
“Alhamdulillah anggaran 400 helai berjaya dijual hari ini. Rezeki selepas berniaga di konsert Blackpink awal tahun ini.
“Kali ini memang lebih meriah. Terima kasih peminat Muse yang datang membeli,” katanya.
Muse yang popular menerusi lagu Starlight dan Hysteria mengadakan konsert kali kedua di negara ini selepas persembahan pertama di Stadium Negara pada 2007.
Kali terakhir Muse mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari jelajah Konsert Simulation Theory.
Topic Berkaitan
#penjaja
#Muse
#konsert
#Stadium Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan