awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM

Bernama
Bernama
09/01/2025
12:43 MYT
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
"Setakat ini seramai 50 individu berusia 20 hingga 60 tahun terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway itu pada malam 31 Dis lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan seorang lagi individu yang sedang menerima rawatan di PPUM berkait dengan kes yang sama dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata empat individu termasuk dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu, disyaki akibat pengambilan dadah.
Selain itu, tiga individu yang hadir pada konsert berkenaan turut dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat simptom yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konsert Pinkfish
#ambang tahun baharu
#polis rakam keterangan individu
#PPUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan