MALAYSIA
Konsert Thalapathy Thiruvizha: Jangan ada unsur politik, tindakan akan diambil - Polis
Vijay dijadualkan menghadiri pelancaran audio filem terakhir beliau, Jana Nayagan sebelum diikuti konsert Thalapathy Thiruvizha di Stadium Bukit Jalil pada 27 Disember ini. - Foto Instagram/Vijay
KUALA LUMPUR : Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar garis panduan keselamatan, termasuk memaparkan bahan berunsur politik semasa konsert pelakon terkenal India, Vijay, yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 27 Disember ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, larangan itu merangkumi sebarang bentuk ucapan, simbol, pergerakan atau siaran langsung yang membawa mesej politik.
“Semua penonton dan pihak terlibat diwajibkan mematuhi garis panduan keselamatan serta menjaga ketenteraman awam sepanjang konsert berlangsung. Sebarang unsur politik tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Amaran itu dikeluarkan susulan penularan gambar dan video di media sosial yang menunjukkan individu memakai baju-T berlogo Parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) bersama wajah Vijay, yang juga pengasas dan presiden parti tersebut.
Tinjauan Astro AWANI mendapati bendera parti TVK dijual secara dalam talian pada harga sekitar RM35, manakala skarf berlogo ditawarkan pada harga RM22.89.
Aidil turut memaklumkan bahawa pasukan polis akan ditempatkan di dalam dan sekitar lokasi konsert bagi memastikan keselamatan dan mencegah sebarang insiden tidak diingini.
“Kami nasihatkan penganjur, penonton dan semua pihak terlibat agar mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak menjadikan konsert ini sebagai platform untuk agenda politik,” tambahnya.
Vijay, yang lebih dikenali sebagai Thalapathy dalam kalangan peminat, dijadual menghadiri pelancaran audio filem terakhirnya, Jana Nayagan, sebelum konsert Thalapathy Thiruvizha berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
TVK ditubuhkan pada Januari 2024, dan Vijay kemudiannya mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu pada tahun hadapan, secara rasmi menandakan kemasukannya ke arena politik.
Sebelum itu, pada 2009, kelab peminat beliau telah bergabung menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Narpani Iyakkam, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Vijay Makkal Iyakkam.
Pertubuhan ini mencetuskan perhatian apabila secara terbuka menyokong gabungan pembangkang yang diterajui All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) dalam pilihan raya negeri 2011.
AIADMK, yang diasaskan oleh pelakon legenda MG Ramachandran (MGR) pada 1972, merupakan antara parti paling berpengaruh di Tamil Nadu.
Selepas kematian MGR, parti itu diterajui oleh pelakon terkenal J Jayalalithaa, yang pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Tamil Nadu selama enam penggal.
Ringkasan AI
- Polis mengeluarkan amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar garis panduan keselamatan, termasuk memaparkan bahan politik semasa konsert Vijay di Kuala Lumpur pada 27 Disember ini.
- Penonton dan pihak terlibat dikehendaki mematuhi garis panduan keselamatan serta tidak menyebarkan mesej politik semasa konsert, dengan larangan berkenaan termasuk ucapan, simbol, pergerakan, atau siaran langsung yang melibatkan politik.
- Pihak polis akan mengawal keselamatan di sekitar konsert bagi mengelak insiden tidak diingini, sambil menasihatkan penganjur, penonton, dan semua pihak untuk mematuhi arahan yang ditetapkan serta tidak memanfaatkan konsert sebagai platform politik.