JOHOR BHARU: "Dia membanggakan keluarga, kami reda dengan pemergiannya," itu luahan abang kepada Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi Jumaat.
Abdul Salam Ahmad Said, 33, yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail, di sini berkata, adiknya itu memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Abdul Salam yang juga anggota polis berkhidmat di Kuala Lumpur berkata, dia sendiri sanggup menemani Muhamad Syafiq bermula daripada proses permohonan sehingga bergelar anggota polis.
"Dia (Muhamad Syafiq) memang minta mahu jadi polis dan saya sendiri bawa dia untuk temu duga dan proses seterusnya," katanya yang memaklumkan kali terakhir berjumpa adiknya pada Januari lepas.
Abdul Salam berkata, walaupun kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberi kesan kepada keluarga, mereka berbangga apabila adiknya itu dapat berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kira-kira dua tahun.
Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun serta suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.
Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Abang mangsa anggota polis yang ditembak Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, Abdul Salam, ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI). - Foto BERNAMA
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.