[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala

Bernama 06/05/2021 | 16:27 MYT
Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 pada Khamis.
SIBU: Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di sini pada Khamis.
Masih belum dipastikan bagaimana kejadian dipercayai kira-kira pukul 7 malam itu berlaku namun Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikatakan berasal dari Pahang itu.
"Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas. Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan dua anggota lain turut berada di rumah tersebut semasa kejadian.
-- BERNAMA
#konstabel percubaan #kesan tembakan #kepala #Lorog Permai Timur 9 #Polis Sarawak