IPOH: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan dipercayai terlibat dalam kes cubaan rogol seorang remaja perempuan di dalam tandas sebuah stesen minyak dekat Jalan Tun Abdul Razak, di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 19 tahun berhubung kejadian itu yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi pada 17 Jun.
Katanya lagi, siasatan mendapati suspek berusia 23 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.
"Suspek telah pun ditangkap setelah laporan polis diterima, pihak siasatan berjaya memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek selama lima hari mulai hari ini hingga 22 Jun bagi siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan (cubaan rogol)," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Beliau turut menegaskan polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana warganya.
"Kertas siasatan kes ini sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan pertuduhan," katanya lagi.
Pada masa yang sama, Mohd Yusri turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan kes tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.
Aida Aziz
Sun Jun 18 2023
Siasatan mendapati suspek berusia 23 tahun berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah. - Gambar hiasan
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Konstabel polis ditahan, cubaan rogol remaja perempuan dalam tandas
Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan dipercayai terlibat dalam kes cubaan rogol seorang remaja perempuan di dalam tandas sebuah stesen minyak di Ipoh.
Konstabel baru pindah Sibu mati tertembak oleh rakan sendiri
Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.
Konstabel polis antara empat ditahan terlibat kes samun
Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal.
Gaji polis YA1 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19 - KPPA
Katanya, kelebihan gaji diterima polis itu mengambil kira faktor-faktor keselamatan.