Kontena terbakar, ribuan terperangkap dalam kesesakan

Nazialita Geynna Maharan
Januari 17, 2017 04:38 MYT
Dalam kejadian sekitar 7.50 pagi itu, lori kontena yang terbakar itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer dan hanya satu lorong dibuka setakat pukul 9.15 pagi. - Gambar Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Ribuan terperangkap dalam kesesakan jalan raya berikutan sebuah lori kontena terbakar di Kilometer 260.1 di Lebuhraya Utara Selatan arah utara, selepas Terowong Menora pada pagi Selasa.
Dalam kejadian sekitar 7.50 pagi itu, lori kontena yang terbakar itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tiga kilometer dan hanya satu lorong dibuka setakat pukul 9.15 pagi.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kuala Kangsar, pihaknya menerima panggilan sekitar 7.44 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi, kami mendapati sebuah lori kontena sedang terbakar di bahagian kepala terbakar sebanyak 30% namun mujur tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Pemandu lori berkenaan juga sempat keluar dari kenderaan," katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Jelasnya, kebakaran berkenaan dapat dipadamkan menggunakan aliran hose reel bersumberkan air daripada tangki jentera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.38 pagi.
#kontena #sesak #terbakar