awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April

Bernama
Bernama
25/03/2024
12:54 MYT
Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Mohamad berkata usaha itu sebagai langkah intervensi oleh kerajaan bagi memastikan bekalan BPT mencukupi di pasaran. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata usaha itu sebagai langkah intervensi oleh kerajaan bagi memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) mencukupi di pasaran.
"Maka 20,000 tan metrik BPT akan ada dalam pasaran. Begitu juga dengan stok (BPT) yang masih ada, kepada pengilang kita arahkan supaya ia dikilangkan dan dikeluarkan beras itu untuk digunakan orang awam," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Menurut Mohamad negara kini mengeluarkan kira-kira 62 peratus BPT, manakala selebihnya adalah hasil beras putih import.
"Dalam 62 peratus itu antaranya (diedarkan kepada) asrama polis, asrama tentera, sekolah berasrama penuh dan zakat fitrah juga menggunakan BPT. Maka, dalam edaran (pasaran) yang ada hanya tinggal lebih kurang 50 peratus BPT," katanya.
Mengenai isu kekurangan BPT, Mohamad berkata situasi itu berpunca daripada perubahan corak permintaan pengguna susulan peningkatan harga beras putih import.
"Kenaikan harga beras import disebabkan tekanan daripada ketidaktentuan harga beras global dan polisi negara sumber yang membataskan eksport ke luar negara.
"Selain itu, faktor pengukuhan Dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit Malaysia turut menyumbang kepada situasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#asrama tentera
#zakat fitrah
#kontrak kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan