awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor direman lima hari bantu siasatan tuntutan palsu

Bernama
Bernama
13/01/2023
08:32 MYT
Kontraktor direman lima hari bantu siasatan tuntutan palsu
Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor 8 malam tadi ketika hadir memberikan keterangan. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berhubung sebut harga perkhidmatan kerja-kerja pembersihan bangunan di Sabak Bernam berjumlah lebih RM400,000.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Kuala Selangor selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Menurut sumber SPRM, lelaki berkenaan dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja tersebut dan penyelenggaraan landskap kawasan di daerah itu sekitar 2020 hingga April tahun lepas.
Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kuala Selangor 8 malam tadi ketika hadir memberikan keterangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kontraktor
#tuntutan palsu
#direman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan