awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor maut kenderaan terbabas di LPT2

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/09/2022
21:30 MYT
Kontraktor maut kenderaan terbabas di LPT2
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
HULU TERENGGANU: Seorang kontraktor maut selepas tercampak ke jalan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbabas.
Nahas berlaku di kilometer 385.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) Ajil-Bukit Besi kira-kira jam 9.15 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud, mangsa Mohd Hafiz Fahmi Mat Bedin, 33, mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Mohd Adli berkata ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Jati, Kuala Nerus dikatakan dalam perjalanan ke Kemaman atas urusan kerja.
Setiba di lokasi, kenderaan dipandu Mohd Hafiz Fahmi hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan menyebabkan dia tercampak keluar.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#Kontraktor
#LPT2
#Mohd Adli Mat Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan