awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor mengaku bersalah buat tuntutan palsu, didenda RM30,000

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
31/12/2017
11:02 MYT
Kontraktor mengaku bersalah buat tuntutan palsu, didenda RM30,000
Tertuduh didakwa mengemukakan permohonan pembiayaan SPIKE yang mengandungi surat pemalsuan sebagai tulen bagi pesanan pembelian berjumlah RM559,000 pada 16 Mei dan 15 Julai lalu.
Seorang kontraktor didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM500,000 terhadap Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pengakuan dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh Ahmad Hizwani Shafii, 37 tahun, didakwa telah mengemukakan permohonan pembiayaan SPIKE yang mengandungi surat pemalsuan sebagai tulen.
Ia bagi pesanan pembelian berjumlah RM559,000 pada 16 Mei dan 15 Julai lalu di Pejabat MARA Tanah Merah dan Kota Bharu antara pukul 8 pagi dan 5 petang.
Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama.
Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua duanya sekali.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh tidak mempunyai kerja tetap dan perlu menanggung seorang isteri dan dua anak serta datuk yang sedang sakit di hospital.
Tertuduh juga perlu menanggung dua anak yatim iaitu anak arwah abangnya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Shahidah Muslimah Roslan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada orang awam.
Topic Berkaitan
#Kontraktor
#Kota Bharu
#Mahkamah Sesyen
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan