awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Hujan, ribut petir diramal malam sepanjang minggu ini - MetMalaysia Terengganu
POLITIK
UMNO perlu ambil pendekatan menyeluruh tarik golongan muda - Shamsul Anuar
MALAYSIA
'Ambil tanah kubur Nurly, mohon ampun kepada Allah SWT'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kontraktor perlu bertindak pantas tangani aduan kecacatan Hospital Pasir Gudang - JKR

Bernama
Bernama
29/06/2025
06:30 MYT
Sponsor Banner
Kontraktor perlu bertindak pantas tangani aduan kecacatan Hospital Pasir Gudang - JKR
Hospital Pasir Gudang siap pada 12 Jun 2025 dengan kos RM375.5 juta. - Gambar/ FB rizal_hakimm
JOHOR BAHRU: Pihak kontraktor diingatkan supaya bertindak pantas dan responsif dalam menangani sebarang aduan sepanjang tempoh tanggungan kecacatan projek Hospital Pasir Gudang (HPG), kata Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Roslan Ismail.

Ringkasan AI
  • Ketua Pengarah Kerja Raya mengingatkan kontraktor Hospital Pasir Gudang agar bertindak pantas dan bertanggungjawab membaiki kecacatan sepanjang tempoh tanggungan meskipun hospital kini di bawah pengurusan KKM sepenuhnya.
  • Hospital Pasir Gudang siap pada 12 Jun 2025 dengan kos RM375.5 juta, dibina menggunakan kaedah Reka dan Bina serta pendekatan ESG, dan dijangka mengurangkan kesesakan di HSA dan HSI dengan kapasiti 304 katil serta 14 perkhidmatan pakar.
  • Skop projek merangkumi pembinaan blok hospital utama, kuarters petugas, asrama jururawat, bangunan sokongan serta lebih 1,800 lot parkir termasuk untuk OKU, dengan kerjasama pelbagai pihak mengatasi cabaran termasuk pandemik COVID-19.

Beliau berkata kontraktor perlu bertanggungjawab membaiki kecacatan meskipun pengurusan dan kawalan bangunan diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) sepenuhnya setelah hospital kerajaan ketiga di daerah Johor Bahru itu siap pada 12 Jun lepas.
"Pihak kontraktor masih perlu meneruskan tanggungjawabnya sepanjang tempoh tanggungan kecacatan sepertimana termaktub dalam kontrak.
"Sehubungan dengan itu, suka untuk saya mengingatkan kepada pihak kontraktor supaya melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan mengikut jadual dan bertindak dengan cepat dan responsif dalam menangani sebarang aduan dan membaikinya," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Pasir Gudang, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata tarikh siap asal HPG di tapak berkeluasan 20.653 hektar itu adalah pada 15 Sept 2024 dengan kos RM375.5 juta selepas memperoleh pemilikan tapak pada 15 Sept 2020.
Roslan berkata Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) projek hospital berkenaan dikeluarkan pada 27 Mei 2025 dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 12 Jun lepas.
Beliau berkata kerjasama daripada pelbagai pihak telah memastikan kejayaan projek itu meskipun pelbagai cabaran perlu dihadapi termasuk pelaksanaan kerja di tapak yang terjejas serta tidak dapat beroperasi ketika pandemik COVID-19.
Roslan dalam pada itu berkata projek berkenaan dibina menggunakan kaedah Reka dan Bina serta pendekatan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang bersifat mampan, berdaya tahan dan mesra alam.
Beliau berkata penduduk setempat akan menerima impak akses fasiliti kesihatan yang lebih baik dengan kapasiti 304 katil dan 14 perkhidmatan pakar sekali gus dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
Roslam berkata antara skop projek merangkumi pembinaan blok hospital utama, kuarters petugas, blok asrama jururawat, bangunan loji penyenggaraan dan sokongan serta 1,507 lot tempat letak kereta, 320 lot motosikal dan 32 lot kereta Orang Kurang Upaya (OKU).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital Pasir Gudang
#KKM
#KKR
#JKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami