MALAYSIA
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata masalah seperti isu pengambilan tanah dan pemindahan utiliti yang dihadapi semasa pelaksanaan Fasa 1A perlu dielakkan dalam Fasa 1B.
KINABATANGAN: Kontraktor Fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo perlu memastikan pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut spesifikasi kualiti, masa dan kos.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata masalah seperti isu pengambilan tanah dan pemindahan utiliti yang dihadapi semasa pelaksanaan Fasa 1A perlu dielakkan dalam Fasa 1B.
Beliau menjelaskan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini berusaha memendekkan tempoh pengambilan tanah dan pemindahan utiliti daripada dua tahun kepada hanya setahun melalui pelantikan jurunilai swasta.
"Sebelum ini, bilangan jurunilai kita tidak mencukupi, hanya enam orang di seluruh Sabah. Justeru, Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah memutuskan pelantikan jurunilai swasta bagi mempercepatkan proses pengambilan tanah.
"Langkah ini selari dengan pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar kementerian menerapkan kepantasan bertindak dalam semua projek yang berdepan pelbagai masalah dan memerlukan tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pakej Kerja 25 Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B di sini, hari ini.
Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B menelan kos keseluruhan RM14 bilion, meliputi RM5 bilion peruntukan pembangunan dan RM9 bilion melalui pinjaman.
Mengenai Fasa 1A melibatkan jajaran sepanjang 318 kilometer (km), Ahmad berkata kemajuan kerja fizikal berada pada tahap 86.53 peratus manakala bagi Fasa 1B yang melibatkan jajaran sepanjang 388 km, mencatat kemajuan fizikal pada tahap 12.27 peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kontraktor Fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo perlu memastikan pembinaan projek berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut spesifikasi kualiti, masa, dan kos.
- Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, menekankan perlunya elak isu pengambilan tanah dan pemindahan utiliti seperti yang berlaku sebelum ini dalam Fasa 1A.
- Langkah Jabatan Kerja Raya (JKR) memendekkan tempoh pengambilan tanah dan pemindahan utiliti kepada setahun dengan pelantikan jurunilai swasta sesuai pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mempercepatkan proses projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.