SEREMBAN: Seorang kontraktor di sini mendakwa kerugian RM303,084 selepas diperdaya tawaran skim pelaburan dalam talian tidak wujud yang diperkenalkan rakan media sosial, dikenalinya dua bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata, lelaki berusia 54 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dikenali sebagai 'Lilina Lim' menerusi laman Facebook pada 24 September lepas, disusuli dengan perbualan melalui WhatsApp.
Menurutnya, mangsa diminta mendaftar satu pautan seperti diarahkan wanita terbabit selain perlu membuat bayaran lebih tinggi untuk mendapatkan taraf orang kenamaan (VIP) sekiranya ingin mendapatkan wang lebih cepat.
"Siasatan awal mendapati, mangsa yang percaya dengan tawaran dijanjikan telah membuat pindahan wang secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza bermula 15 hingga 31 Oktober lepas dengan keseluruhan berjumlah RM303,084.
"Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang keuntungan diterima selain wanita terbabit turut mendiamkan diri selepas pembayaran dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aibee berkata, suspek turut menyamar sebagai pegawai polis dari unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan menyatakan mangsa melakukan kesalahan berhubung kesalahan di bawah AMLA dan perlu membuat pembayaran lagi sekiranya mangsa inginkan semula wangnya.
Beliau berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Rahang semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang akauntan di syarikat swasta di sini mendakwa kerugian lebih RM60,000 akibat diperdaya kenalan di Facebook berhubung kerja sambilan sebagai penyelia di sebuah platform beli-belah dalam talian.
Lelaki berusia 28 tahun itu mendakwa menerima pautan untuk membuat promosi barang dan diminta berhubung dengan pihak khidmat pelanggan untuk mendapatkan kerja tersebut serta perlu memasukkan sejumlah wang sebagai pendaftaran pekerja dan komisen mengikut barang ditempah.
"Mangsa kemudiannya membuat tiga transaksi ke beberapa akaun bank berbeza sejak 29 Oktober hingga semalam dengan keseluruhan berjumlah RM67,069, bagaimanapun sehingga kini mangsa masih tidak menerima sebarang respon untuk urusan kerja tersebut," katanya.
Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di balai polis berdekatan dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Rahang dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Kontraktor rugi lebih RM300,000 diperdaya pelaburan dalam talian
Mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Rahang dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.