awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
08/01/2025
15:19 MYT
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 58 tahun itu mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi laman sosial itu.
Beliau berkata mangsa diarahkan oleh suspek untuk memuat turun satu aplikasi melalui Apple Store.
"Mangsa perlu memastikan amaun dalam akaunnya mencukupi untuk membeli unit saham yang diingini dan turut membuat transaksi mengikut arahan yang diberikan suspek.
"Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak RM5,900,506.48 melalui 30 transaksi ke dalam lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata mangsa yang berasa tertipu selepas tidak menerima pulangan keuntungan yang dilaburkan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.
Susulan itu, katanya polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan menerusi media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa rugi
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#Facebook
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan