awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi karya ciplak: Penganjur tarik balik anugerah, batalkan kemenangan penerbit

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2025
22:15 MYT
Kontroversi karya ciplak: Penganjur tarik balik anugerah, batalkan kemenangan penerbit
Notis penarikan balik Anugerah Buku Negara oleh Yayasan Buku Negara yang dikongsikan oleh Sri Diah (gambar kecil) di Facebook pada Rabu. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Penulis terkenal, Sri Diah Shahruddin berkongsi di Facebook surat notis penarikan balik Anugerah Buku Negara oleh Yayasan Buku Negara susulan dakwaan berlaku unsur plagiat terhadap karya yang dipertandingkan.

Ringkasan AI
  • Sri Diah Shahruddin berkongsi surat notis penarikan Anugerah Buku Negara oleh Yayasan Buku Negara susulan dakwaan plagiat terhadap karya yang dipertandingkan.
  • Keputusan penganjur untuk membatalkan kemenangan penerbit Casamas Resources Sdn Bhd selepas pertikaian umum dan bantahan keluarga Allahyarham Cikgu E.
  • Penulis menegaskan bahawa isu plagiat merampas hasil usaha, masa, dan ilham penulis serta memuji kesungguhan rakan-rakan menyokong integriti penulis yang telah meninggal dunia.

Surat rasmi yang dikeluarkan sekretariat pertandingan itu memaklumkan bahawa keputusan muktamadnya selaku penganjur untuk membatalkan kemenangan penerbit Casamas Resources Sdn Bhd selepas karya itu menjadi pertikaian umum dan mendapat bantahan keluarga Allahyarham Nassry Mardee Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu E.
Menurut Sri Diah, keputusan itu memberi kelegaan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga Allahyarham yang sejak awal memperjuangkan hak penulis sebenar karya tersebut.
Beliau berkata, perjuangan itu bukan semata-mata mempertahankan sebuah naskhah, tetapi usaha membela integriti seorang penulis yang sudah kembali ke rahmatullah.
Tegasnya, isu plagiat bukan perkara kecil kerana ia merampas hasil usaha, masa dan ilham yang dicurahkan oleh penulis asal.
“Kes ini tamat di sini. Semoga perkara begini tidak berulang lagi untuk tahun-tahun mendatang,” tulisnya.
Menurutnya, ‘ilham’ adalah anugerah mahal daripada ALLAH dan setiap karya memerlukan olahan idea, penelitian serta disiplin tinggi sebelum dapat diterjemahkan menjadi bahan bacaan.
“Atas sebab itulah orang marah apabila karya mereka diciplak... payahnya mahu menulis tentang kisah kehidupan yang baik. Bukan mudah menghasilkan karya,” jelasnya lagi.
Sri Diah memberitahu, walaupun Allahyarham Cikgu E sudah tiada, namun rakan-rakan seangkatan tetap meneruskan perjuangan menuntut keadilan bagi pihaknya.
Katanya, pengiktirafan yang ditarik balik itu membuktikan bahawa ketekunan menuntut hak bukan sesuatu yang sia-sia.
Beliau turut menyifatkan keputusan penganjur itu sebagai kemenangan moral buat komuniti penulis yang sentiasa menentang budaya ciplak.
“Alhamdulillah, kejayaan besar buat sahabat kami. Ia mengembalikan maruah karya itu ke tempat yang sewajarnya,” ujarnya. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/760071/berita/semasa/kontroversi-karya-ciplak-penganjur-tarik-balik-anugerah-batalkan-kemenangan-penerbit
Topic Berkaitan
#Cikgu E
#Sri Diah Shahruddin
#Anugerah Buku Negara
#plagiat
#Casamas Resources
#Nassry Mardee Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan