KUALA LUMPUR : Sebuah video lagu kanak-kanak bertajuk 'Hello Kuala Lumpur' di YouTube mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen Indonesia.
Video yang didapatkan dari saluran Lagu Kanak TV itu didakwa mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik yang berasal dari Indonesia iaitu 'Halo, Halo Bandung'.
Kemarahan netizen Indonesia tercetus daripada laporan media tempatan, yang mendakwa, saluran YouTube itu berasal dari Malaysia. Video berkenaan telah dimuat naik pada tahun 2018 dan sekali lagi pada tahun 2020 di saluran sama, lapor Bernama.
Perdebatan mengenai perkara itu turut mendominasi pelbagai platform media sosial termasuk di X dan juga Facebook.
Dalam video lagu itu, terpapar animasi kanak-kanak yang sedang bergembira dengan latar imej bercirikan Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas dan juga bendera Malaysia. Durasi video turut bersambung dengan lagu '31 Ogos' seterusnya beberapa lagu kanak-kanak lain.
CNN Indonesia melaporkan, lagu 'Hello Kuala Lumpur' cuma mengubah beberapa perkataan daripada lirik asal 'Halo, Halo Bandung', iaitu hasil karya seniman asal Betawi, Ismail Marzuki.
Tribunnews.com pula melaporkan, dalam mengulas dakwaan pelanggaran hak cipta dalam lagu itu, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata pihaknya masih mengumpul bukti berhubung dakwaan plagiarisme.
"Kami masih mengumpul maklumat yang lebih lengkap," katanya.
Bagaimanapun, semakan di internet mendapati bahawa saluran YouTube berkenaan dimiliki sebuah syarikat yang beralamat di Hyderabad, Telangana, India.
Syarikat jaringan kandungan global, Infinitium Network, itu menghasilkan pelbagai kandungan siaran termasuk kandungan YouTube yang antaranya menghimpunkan pelbagai lagu kanak-kanak dari beberapa negara.
Selain lagu kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia, syarikat itu juga turut mempunyai koleksi lagu kanak-kanak dari negara seperti Rusia, Filipina, Jepun, Sepanyol, Arab, Romania dan banyak lagi. Setiap koleksi lagu tersebut juga dikategorikan mengikut negara dan bahasa , serta diterbitkan dalam saluran berasingan di platform YouTube.
Berdasarkan pemerhatian, kandungan berkenaan dipercayai dihasilkan menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI).
Agensi
Tue Sep 12 2023
Lagu 'Hello Kuala Lumpur' yang dimuat naik sejak tahun 2018 itu mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik Indonesia, 'Helo-Helo Bandung'. - YouTube Lagu Kanak TV
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kontroversi lagu 'Hello Kuala Lumpur' di YouTube cetus kemarahan netizen Indonesia
Lagu yang dimuat naik sejak tahun 2018 itu mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik Indonesia, 'Helo-Helo Bandung'.