awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2024
07:49 MYT
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa UM mengadakan demonstrasi di hadapan Dewan Tunku Canselori kira-kira jam 2.30 petang.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Demonstrasi yang berlangsung di hadapan Dewan Tunku Canselori kira-kira jam 2.30 petang itu disertai puluhan mahasiswa yang turut mengibarkan bendera Palestin.
Presiden Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM), Nur Nazirah Abdullah berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menggerakkan boikot terhadap fakulti yang bertanggungjawab atas jemputan itu sekiranya Naib Caselor UM tidak mengemukakan penjelasan mengenainya.
"Saya tidak teragak-agak untuk mengajak rakan-rakan UM untuk memboikot, tidak hadir ke kelas, khususnya yang terbabit. Saya rasa ini bukan kesilapan. Sebaliknya suatu yang disengajakan," katanya di sini, hari ini.
Presiden Neo-Siswa UM, Muhammad Alif Haiqal Amran pula ketika berucap dalam perhimpunan berkenaan menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dalam tempoh 24 jam.
UM menerima kecaman kerana dikatakan membenarkan Profesor Sains Politik, Bruce Gilley dari Amerika Syarikat (AS) menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Gilley turut dikatakan menuduh ahli politik Malaysia menggesa 'Holocaust kedua' atau pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi selain juga menyerang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada Khamis, UM tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#bruce gilley
#mahasiswa protes
#pro-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan