NATIONAL
Konvoi ASEAN Unity Drive 2025 guna Proton e-MAS 7 bakal rentas 9 negara
Satu majlis pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025 diadakan di pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini. - Foto DPMO
JAKARTA: Satu majlis pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025 diadakan di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, sebagai satu simbol integrasi ASEAN, mempromosikan mobiiti hijau serta memajukan inovasi di rantau Asia Tenggara.
Inisitatif yang julung-julung diadakan ini dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan , Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama Proton yang menggunakan model kereta elektrik Proton e-MAS 7 sebagai kenderaan rasmi.
Acara bersejarah ini dirasmikan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena lawatan rasmi beliau ke Indonesia selama tiga hari yang berakhir hari ini.
Konvoi ini turut melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, kerajaan dan komuniti di seluruh ASEAN bagi mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat seta memperteguh aspirasi Bbrsama ke arah pembangunan yang inklusif selari dengan tema Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 , Keterangkuman & Kemampanan.
Konvoi ASEAN Unity Drive (AUD 2025) akan meneruskan perjalanan sejauh 9,000 km merentasi sembilan negara ASEAN dengan destinasi seterusnya iaitu Bandar Seri Begawan, negara Brunei Darussalam.
Majlis yang dilancarkan ini turut dihadiri tetamu kehormat termasuk Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Sarah Al Bakri Devadason.