MALAYSIA

Konvoi bantuan kemanusiaan terus masuk ke Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata

Bernama 04/11/2025 | 22:20 MYT
Konvoi bantuan, termasuk penghantaran dari Turkiye, membawa bekalan makanan dan bergerak melalui beberapa lintasan untuk membantu mangsa serangan Israel ke atas Gaza. - Foto AP
GAZA: Trak bantuan kemanusiaan terus memasuki Semenanjung Gaza yang dikepung pada Selasa di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, lapor Anadolu Ajansi (AA).


Ringkasan AI
  • Trak bantuan kemanusiaan meneruskan masuk ke Gaza yang dikepung selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa.
  • Konvoi bantuan, termasuk penghantaran dari Turkiye, membawa bekalan makanan dan bergerak melalui beberapa lintasan untuk membantu mangsa serangan Israel ke atas Gaza.
  • Perjanjian gencatan senjata merangkumi pembebasan tawanan, usaha membina semula Gaza, serta mewujudkan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.


Antara konvoi yang melalui sempadan Rafah termasuk penghantaran daripada pertubuhan bantuan Turkiye.

Konvoi bantuan yang kebanyakannya membawa bekalan makanan bergerak melalui beberapa lintasan termasuk Kerem Shalom dan Kissufim bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel ke atas Gaza yang berlarutan selama dua tahun.

Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 10 Okt di Semenanjung Gaza, berdasarkan pelan berfasa yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Fasa pertama merangkumi pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran bagi tahanan Palestin.

Pelan itu turut merangkumi usaha membina semula Gaza serta mewujudkan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.

Menurut pihak berkuasa Palestin, Israel telah membunuh hampir 69,000 orang - kebanyakannya wanita dan kanak-kanak - serta mencederakan lebih 170,000 yang lain dalam serangan di Gaza sejak Okt 2023.

Sejak gencatan senjata mula berkuat kuasa, jumlah korban dan cedera masing-masing meningkat kepada 240 dan 607 orang.

Sekurang-kurangnya 511 mayat turut ditemukan setakat ini.

-- BERNAMA







#bantuan kemanusiaan #Gaza #gencatan senjata #pembebasan tawanan