MALAYSIA
Konvoi motosikal tanpa pengiring polis disiasat
Tular video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bergerak secara berkonvoi sambil dikawal beberapa penunggang lain yang bertindak sebagai marshal sehingga mengganggu lalu lintas. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang bergerak secara berkonvoi di Kilometer 285 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Nilai, Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman yang menunjukkan konvoi berkenaan dikawal beberapa individu yang memakai vest keselamatan berwarna kuning.
“Kejadian dipercayai melibatkan pergerakan kumpulan dari arah Kuala Lumpur menuju ke selatan tanah air,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, sebarang pergerakan konvoi di jalan raya perlu dimaklumkan kepada JSPT bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Sekiranya konvoi itu tidak menerima bantuan pengiring keselamatan daripada pihak polis, mereka hendaklah mematuhi segala peraturan lalu lintas yang ditetapkan.
“Tiada penggunaan pengiring atau marshal dibenarkan untuk mana-mana pergerakan konvoi,” tegasnya.
Mohd Yusri turut menasihatkan semua penunggang agar menunggang secara berhemah, berhati-hati dan fokus ketika berada di jalan raya.
“Peraturan ini tertakluk di bawah Peraturan 5, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN.165/59.
“Kerjasama semua pengguna jalan raya amat penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan bersama,” ujarnya.
Menurut beliau, semua kenderaan yang bergerak perlahan hendaklah dipandu rapat ke bahagian kiri jalan dan tidak menghalang pergerakan kenderaan lain.
“Ia selaras dengan Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN.166/59.
“Tindakan menghalang laluan kenderaan lain juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tambah beliau, JSPT mengingatkan semua pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan bermotor agar sentiasa bertolak ansur dan bekerjasama semasa berada di jalan raya.
“Sikap berhemah, berhati-hati dan fokus semasa pemanduan amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan, khususnya kemalangan maut,” katanya.
Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bergerak secara berkonvoi sambil dikawal beberapa penunggang lain yang bertindak sebagai marshal sehingga mengganggu lalu lintas. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Polis sedang menyiasat konvoi motosikal di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Nilai yang dikawal marshal sehingga mengganggu lalu lintas.
- JSPT menegaskan bahawa penggunaan marshal tidak dibenarkan dan konvoi perlu dimaklumkan kepada pihak polis untuk tujuan keselamatan dan penyelarasan.
- Tindakan menghalang laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, dan semua pengguna jalan raya diingatkan agar bertolak ansur serta mematuhi peraturan lalu lintas.