awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvoi motosikal tular, polis tahan, keluarkan lebih 300 kompaun

Aida Aziz
Aida Aziz
19/06/2022
12:18 MYT
Konvoi motosikal tular, polis tahan, keluarkan lebih 300 kompaun
Kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpulan dari utara ke selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim. - Gambar/ Media sosial
TANJUNG MALIM: Sebanyak 312 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang tular berkonvoi dalam jumlah yang besar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran yang tular di laman Twitter berkaitan konvoi motosikal berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpulan dari utara ke selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.
"Polis daerah Muallim telah menggerakkan seramai 28 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dalam operasi bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang itu.
"Selain itu polis turut membuat satu sekatan jalan raya (SJR) di KM 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan ke atas motosikal-motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Polis telah mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit. - PDRM
Polis telah mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit. - PDRM
Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaan, polis telah mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran tidak lengkap serta ubah suai ekzos.
Ujarnya lagi, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
"Walaupun aktiviti berkumpulan telah dibenarkan, orang ramai dinasihatkan untuk tetap menjaga penjarakan fizikal dan tidak sesekali melakukan perkara yang menyalahi peraturan serta undang- undang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#konvoi motosikal tular
#Tanjung Malim
#TikTok
#operasi polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan