IPOH:Selepas didakwa 43 pertuduhan rasuah pada Selasa, seorang anggota Polis Marin didakwa di atas 101 lagi tuduhan rasuah melibatkan lebih RM243,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu.
Tertuduh, Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indera Nehru.
Dia yang bertugas sebagai Ketua Jentera Bot Ronda di Pengkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan, didakwa menerima suapan wang tunai daripada tujuh individu antara RM7,285 hingga RM123,390 mulai 2016 hingga 2019.
Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terdapat bot-bot nelayan milik individu berkenaan sepanjang tempoh tersebut.
Dia dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dia turut dituduh dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM48,000 untuk semua 144 pertuduhan, termasuk 43 tuduhan yang dikenakan pada Selasa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Aizat Fakri.
Pada Selasa, tertuduh didakwa di mahkamah yang sama atas 43 pertuduhan rasuah berjumlah RM146,350 antara Mei 2016 hingga Julai 2019.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 27 2021

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim. - Gambar fail

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.
![[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat [TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893123/6918181161614656264278_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiga Kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

AWANI Ringkas: Lebih 32,000 sudah divaksin di Malaysia | Musim panas, jerebu kembali?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

TMJ beri bayangan ambil alih Valencia
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mungkin melebarkan portfolionya dalam bola sepak bersama kelab Sepanyol, Valencia.

COVID-19: 2 rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu di Singapura
Kedua-dua pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu adalah asimptomatik (tidak menunjukkan gejala).

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

SPRM tahan pengurus ladang disyaki guna duit tabung pekerja
Suspek lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan.

Vaksin COVID-19 | China sasar vaksin 40% populasi menjelang Jun
Ekonomi kedua terbesar dunia...China sasar akan vaksin 40 peratus populasinya menjelang Jun. Menurut Ketua Kumpulan Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sehingga kini 52 juta dos Vaksin COVID-19 telah diberikan.

Boeing 737 Max | China masih belum luluskan penerbangan B737MAX8
China tidak benarkan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max selagi syarat ditetapkan tidak dipenuhi. Menurut Pentadbiran Penerbangan China, ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama Pentadbiran Penerbangan Amerika, FAA dan krew teknikal Boeing.

Polis bongkar cubaan seludup keluar dadah RM9.5 juta ke Acheh
Pasukan Polis Marin (PPM) negeri berjaya merampas 245 bungkusan dadah bernilai RM9. 5juta dalam dua serbuan pada 17 dan 18 Februari lepas.

Bela pelanduk tanpa kebenaran, wanita ditahan di Langkawi
Dia ditahan dalam serbuan Pasukan Polis Marin bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Langkawi kira-kira jam 11 pagi.

Cubaan seludup 300 kg ketum ke Thailand gagal, 5 lelaki tempatan ditahan
Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM80,000.

Koperal Polis Marin didakwa lagi 101 tuduhan rasuah
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Anggota Polis Marin hadapi 43 pertuduhan rasuah hampir RM150,000
Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Dua beradik jumpa mayat bapa sendiri dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mandi bersama rakannya di sungai Kampung Sabah Baru, di sini kira-kira 1.30 petang Khamis.

Sembunyi 101,380 batang rokok bernilai RM453,580 dalam enam van
Pemeriksaan awal yang dijalankan Unit Risikan Marin ke atas salah sebuah kenderaan terbabit menjumpai sejumlah kartun rokok yang diletakkan di bahagian but belakang van.

Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan karam ditemukan
Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan yang karam pada Khamis lepas di perairan Selangor ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

Polis temui lelaki tidak sedar diri, dipercayai cuba bunuh diri
Lelaki berkenaan pernah memberitahu adiknya yang dia mahu membunuh diri, seminggu sebelum kejadian.