IPOH: Mana-mana koperasi yang menerima projek daripada kerajaan negeri diingatkan supaya tidak mengamalkan konsep Ali Baba atau menjual projek diperoleh kepada syarikat atau pihak lain.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Beliau berkata sekiranya ada pihak persendirian dan koperasi memohon projek, kerajaan negeri lebih cenderung untuk berikan kepada pihak koperasi kerana keuntungan itu boleh dikongsi atau berbalik kepada ahlinya.
"Sekiranya permohonan diluluskan, janganlah (amalkan) 'Ali Baba' pula kerana akhirnya koperasi hanya dapat 'kuah' sahaja, orang lain yang akan merasa untungnya," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di sini, semalam.
Saarani berkata bagi memastikan amalan tersebut dihindari, pihaknya akan meneliti kelayakan setiap permohonan dan sekiranya ia menetapi kriteria, maka projek berkenaan berpotensi diluluskan kepada koperasi terbabit.
Saarani berkata, ketika ini kerajaan negeri dalam perancangan membangunkan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) dan Projek Automotive High Tech Valley (AHTV), selain beliau yakin ia akan berjaya disebabkan mendapat sokongan dari Kerajaan Pusat.
"Jadi sebab itu saya nak koperasi bukan sahaja dapat melihat peluang-peluang daripada projek ini, malah perlu ada kekuatan, persiapan dan kepakaran," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, buat masa ini pihaknya mahu semua koperasi di negeri ini lebih memfokuskan kepada permohonon projek berimpak tinggi dan tidak hanya bergantung harap kepada perniagaan kecil-kecilan dalam menjana pendapatan.
Beliau berkata kebiasaannya koperasi akan berniaga kecil-kecilan seperti jual beli barang, hartanah, kredit dan sebagainya, namun mereka kurang ambil tahu hal yang lebih besar antaranya seperti permohonan pasir, tanah merah dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Saarani bertemu ahli koperasi selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 KOMAS, di Ipoh, pada Ahad. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.