awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kor Ming kesal ibu bapanya diheret dalam isu politik

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2024
10:51 MYT
Kor Ming kesal ibu bapanya diheret dalam isu politik
Nga bercakap pada sidang media selepas Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan "Bahagia Bersama Malaysia Madani" di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming meminta agar semua pihak tidak mengheret ibu-bapanya dalam kancah isu politik.
Tegas beliau, ugutan yang diterima kedua ibu- bapanya sebelum ini tidak sepatutnya berlaku.
"Saya berasa kesal. Sepatutnya biarlah isu politik jangan melibatkan ahli keluarga khususnya ibu bapa saya yang sudah uzur.
"Bapa saya berusia 86 tahun dan beliau tidak seharusnya dilayan dengan ugutan sebegini," katanya menerusi sidang akhbar sempena Sambutan Hari Bahagia peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga pihak polis telah membuat kawalan di kawasan berkenaan.
"Polis telah mendirikan pondok polis sementara di rumah ibu dan ayah, saya berterima kasih kepada mereka.
"Saya berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya sambil menyifatkan ia suatu membimbangkan.
Minggu lalu media melaporkan rumah ibu bapa kepada Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Jalan Ling Sing Hang dekat Ayer Tawar, Perak ditaburi kertas berunsur ugutan bertulis "Nga Kor Ming jangan cabar Islam."
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#ibu bapa diugut
#kancah politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan