MALAYSIA
Korea Selatan, Malaysia meterai perjanjian pensijilan kelayakan terbang pesawat tentera
Korea Selatan akan melaksanakan pensijilan bagi 18 pesawat pejuang ringan FA-50 yang akan dibekalkan kepada Malaysia. - Gambar/ FB Korea Defense Blog
SEOUL: Korea Selatan dan Malaysia pada Selasa menandatangani perjanjian untuk saling mengiktiraf pensijilan kelayakan terbang atau "airworthiness certification" bagi pesawat tentera masing-masing, menurut agensi perolehan pertahanan negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
Perjanjian itu merupakan yang pertama seumpamanya antara Korea Selatan dengan negara Asia.
Di bawah perjanjian itu, kedua-dua pihak akan mengiktiraf pensijilan kelayakan terbang pesawat tentera buatan tempatan masing-masing, menurut Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA).
Pensijilan itu merupakan ukuran penting bagi menentukan kesesuaian sesuatu pesawat untuk penerbangan selamat.
Korea Selatan akan melaksanakan pensijilan bagi 18 pesawat pejuang ringan FA-50 yang akan dibekalkan kepada Malaysia, menurut agensi itu lagi.
"Menerusi perjanjian pengiktirafan bersama ini, kami menjangkakan eksport pesawat buatan tempatan ke negara-negara Asia dapat diperluas, selain memperkukuh kemajuan industri penerbangan domestik melalui kerjasama industri pertahanan," kata Menteri DAPA Seok Jong-gun.
DAPA memaklumkan bahawa agensi itu bercadang menandatangani lebih banyak perjanjian seumpama ini dengan negara-negara di Eropah, Asia serta Amerika Tengah dan Selatan.
Dengan termeterainya perjanjian terbaharu ini, Korea Selatan kini mempunyai lapan perjanjian pengiktirafan bersama, termasuk dengan Amerika Syarikat, Poland dan Sepanyol.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia dan Korea Selatan menandatangani perjanjian saling mengiktiraf pensijilan kelayakan terbang bagi pesawat tentera masing-masing, menjadikannya perjanjian pertama seumpamanya antara Korea Selatan dengan negara Asia, menurut Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA).
- Perjanjian itu membolehkan Korea Selatan melaksanakan pensijilan bagi 18 pesawat pejuang ringan FA-50 yang akan dibekalkan kepada Malaysia, sekali gus memperkukuh kerjasama industri pertahanan dan memperluas eksport pesawat buatan tempatan ke rantau Asia.
- Korea Selatan kini mempunyai lapan perjanjian pengiktirafan bersama termasuk dengan Amerika Syarikat, Poland dan Sepanyol, dan bercadang menandatangani lebih banyak perjanjian seumpama ini dengan negara di Eropah, Asia serta Amerika Tengah dan Selatan.