awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Agong terima menghadap pengurusan tertinggi KKM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/01/2020
09:51 MYT
Koronavirus: Agong terima menghadap pengurusan tertinggi KKM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Negara pada Khamis. - Foto Instagram Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Negara pada Khamis.
Turut sama dalam pertemuan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta timbalannya, Datuk Dr. Chong Chee Kheong.
Noor Hisham dalam kenyataannya berkata pertemuan selama hampir satu jam itu adalah bagi pihaknya memberi sembah maklum berkenaan situasi jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah berkenan menerima sembah maklum situasi semasa kejadian jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
“Di dalam pertemuan tersebut, Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang bersiap siaga mengawal keselamatan dan kesihatan negara.
“Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan 2019-nCoV tanpa usul periksa,” memetik kenyataan tersebut.
View this post on Instagram
30 Januari 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini menerima menghadap Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr. Chong Chee Kheong di Istana Negara. #agongkita #ourking #istananegara #royal #malaysia
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jan 30, 2020 at 1:12am PST
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#coronavirus
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Dzulkefly Ahmad
#Istana Negara
#KKM
#koronavirus
#Menteri Kesihatan
#novel koronavirus
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan