Kerajaan kini memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia dari Wuhan di Wilayah Hubei serta sekitarnya berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan kluster 2019 novel koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.
Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata semua mereka dikenalpasti hasil maklumat yang disalurkan kepada kedutaan selain menerusi media sosial.
"Setakat ini kita berjaya mengenalpasti 117 rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan... mereka dalam keadaan baik, jadi kita akan fokus untuk membawa mereka pulang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.
Nushirwan berkata pihaknya telah berkomunikasi dengan wakil Kementerian Luar China pagi ini bagi perbincangan membawa pulang mereka yang terbabit dengan penerbangan komersil dalam masa terdekat.
"Setakat ini melalui perbincangan kita dengan kerajaan China, ia memang konstruktif. Cuma kita menunggu pihak Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang telah bermesyuarat pagi tadi bagi proses menggerakkan proses pemulangan rakyat Malaysia ini," katanya.
Di laporkan terdapat 35,000 rakyat Malaysia di China di mana 25,000 daripadanya tinggal di Hong Kong, 2,500 daripadanya di Beijing manakala selebihnya tinggal di Hubei.
Sebelum ini Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah berkata pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah yang dilanda wabak koronavirus.
Nurishirwan berkata Kedutaan Malaysia di Beijing juga telah membuka bilik operasi 24 jam sejak seminggu yang lalu dan berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di China.
Ditanya sama ada terdapat rakyat Malaysia sebagai pegawai perubatan yang terlibat dengan rawatan pesakit koronavirus di hospital di negara itu, beliau berkata, tiada rakyat Malaysia terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 31 2020
Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata semua mereka dikenal pasti hasil maklumat yang disalurkan kepada kedutaan selain menerusi media sosial. - Bernama
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.