awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Tiada kes seumpamanya di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/01/2020
08:04 MYT
Koronavirus: Tiada kes seumpamanya di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri
Dr Asmayani Khalib berkata, sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes disyaki 2019-nCoV dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri itu
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan terdapat warga negara China telah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya kerana menghidapi novel koronavirus (2019-nCoV).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib berkata, sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes disyaki 2019-nCoV dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri itu.
“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ingin merujuk satu berita tular yang telah disebarkan melalui aplikasi Whatsapp berkenaan pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) telah menerima kes pertama 2019-nCoV melibatkan dua warga asing dari China, dipercayai telah mengunjungi Thailand.
“Untuk makluman, pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Dr Asmayani berkata, pihaknya meminta semua lapisan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.
“Sila rujuk kepada sumber rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) atau badan kesihatan antarabangsa (www.who.int/) bagi mendapatkan maklumat tepat dan sahih mengenai 2019-nCoV,” katanya lagi.
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#China
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#novel koronavirus
#Thailand
#WhatsApp
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan