MALAYSIA
Kos haji 2026/1447H kekal, Tabung Haji salur RM210 Juta untuk bantuan kewangan
Lembaga Tabung Haji mengekalkan kos dan bayaran haji bagi jemaah muassasah untuk musim haji 1447 Hijrah / 2026 Masihi - seperti musim sebelumnya. - Gambar fail
Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kos dan bayaran haji bagi jemaah muassasah untuk musim haji 1447 Hijrah / 2026 Masihi - seperti musim sebelumnya.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, TH memaklumkan, langkah itu berjaya dicapai meskipun berdepan peningkatan kos di Tanah Suci, hasil daripada langkah strategik serta perancangan rapi yang dilaksanakan.
Secara keseluruhan, TH dianggarkan menanggung RM210 juta bagi Bantuan Kewangan Haji musim akan datang.
Bagi kumpulan B40, kadar bayaran ditetapkan sebanyak RM15,000, manakala TH menanggung baki RM18,300, termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang.
Manakala, kumpulan M40 perlu membayar RM23,500 dengan bantuan sebanyak RM9,800 dan kumpulan T20 menanggung bayaran penuh RM33,300.
Menurut TH, langkah pengekalan kos itu dicapai menerusi tempahan awal penginapan dan penerbangan, selain kontrak jangka panjang bagi melindungi jemaah daripada kesan inflasi di Makkah dan Madinah.
“TH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan oleh jemaah,” kata Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dalam kenyataan itu.
Dalam masa sama, Abdul Rashid merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan terhadap usaha TH dalam memastikan kos haji kekal terkawal.
“Kami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40,” tambahnya.
Surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober, manakala permohonan rayuan haji dibuka menerusi platform THiJARI bermula 3 November.
Dalam masa sama, TH menasihatkan bakal jemaah untuk mengemaskini maklumat peribadi dan memastikan simpanan mencukupi sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima tawaran haji atau membuat rayuan.
Ringkasan AI
- Kos dan bayaran Haji musim 1447H/2026M dikekalkan sama seperti tahun lalu. TH tanggung RM210 juta Bantuan Kewangan Haji termasuk bantuan kerajaan RM1,000 bagi kumpulan B40. Surat tawaran jemaah mula dikeluarkan 24 Oktober, rayuan dibuka 3 November melalui THiJARI.