awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos pembinaan tembok penahan kekal di Kemensah Heights dianggar RM6 juta

Bernama
Bernama
30/09/2021
16:23 MYT
Kos pembinaan tembok penahan kekal di Kemensah Heights dianggar RM6 juta
Datuk Seri Amirudin Shari berkata Pegawai Daerah Gombak selaku pengerusi jawatankuasa bencana akan memudahcara bersama pemilik lot unit kediaman banglo terlibat dalam memuktamadkan pengendalian kos pengukuhan berkenaan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Proses pengukuhan tebing dan cerun melalui pembinaan tembok penahan kekal di kawasan tanah runtuh di Kemensah Heights, Ampang Jaya dianggarkan menelan belanja RM6 juta dengan tempoh satu hingga tiga bulan diperlukan bagi menguruskan kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan cerun tersebut.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata Pegawai Daerah Gombak selaku pengerusi jawatankuasa bencana akan memudahcara bersama pemilik lot unit kediaman banglo terlibat dalam memuktamadkan pengendalian kos pengukuhan berkenaan.
Katanya pergerakan tanah di seluruh kawasan terbabit termasuk 19 buah townhouse yang melibatkan 28 keluarga masih lagi aktif dan diklasifikasikan zon bahaya oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Selangor.
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor akan melakukan kerja-kerja penstabilan dan pengukuhan tebing Sungai Kemensah dengan memasang 'sheet pile' sepanjang 200 meter melibatkan anggaran kos RM1 juta.
"Kawasan cerun yang runtuh telah ditutup dengan 'canvas sheet' bagi menghalang air terus ke permukaan cerun. Kerja pemantauan pergerakan tanah akan terus dilaksanakan sehingga tiada lagi pergerakan tanah dikesan," katanya.
Katanya tindakan segera melalui pelaksanaan kerja membaik pulih aliran Sungai Kemensah dan lain-lain kerja berkaitan telah selesai dilaksanakan pada 19 Sept lalu dengan kos RM20,000.
Sementara itu Amirudin berkata kerajaan negeri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man atas kelulusan RM10 juta untuk pelan kerja berkaitan penstabilan cerun dan menaik taraf Sungai Kemensah bagi mengelakkan kejadian itu daripada berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembok penahan
#Kemensah Heights
#tanah runtuh
#Ampang Jaya
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan