Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Kos perubatan selepas bersara menjadi kebimbangan pekerja - Penganalisis

Irfan Faruqi 25/04/2025 | 11:39 MYT
Mohd Effendy dalam program Dialog Poket Rakyat berkata simpanan untuk usia persaraan kini perlu menitik-beratkan mengenai jaminan biaya perubatan di hari tua. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pekerja-pekerja di Malaysia bimbang mengenai keupayaan untuk membiayai bil-bil berkaitan perubatan susulan peningkatan kos kesihatan yang ketara ketika ini.


Ringkasan AI
  • Kebimbangan mengenai kos perubatan: Pekerja di Malaysia risau tentang kemampuan membiayai bil perubatan akibat peningkatan kos kesihatan.
  • Kepentingan simpanan untuk kos perubatan: Simpanan untuk usia persaraan perlu mengambil kira kos perubatan yang semakin meningkat.
  • Kebajikan pesara: Terdapat keperluan untuk memastikan kebajikan pesara terjamin, termasuk pendaftaran automatik kad perubatan untuk pencarum KWSP dan KWAP.


Presiden Kesatuan Perkeranian Pos Malaysia Bhd Semenanjung Malaysia, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, simpanan untuk usia persaraan kini perlu menitikberatkan mengenai jaminan biaya perubatan pada hari tua.

"Bagi saya, perlu diseimbangkan antara simpanan hari tua dan simpanan untuk kos kesihatan. Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kos perubatan dalam negara semakin meningkat.

“Kalau kita ada gaji yang tinggi dan simpanan yang banyak sekalipun, tetapi inflasi, kos sara hidup dan kos perubatan naik (maka simpanan tidak mencukupi).

“Selepas cecah usia 60 tahun pelbagai penyakit yang datang. Hal perubatan ini penting. Simpanan yang sama juga penting untuk belanja kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu dalam temu bual yang sama, Presiden Kesatuan Perkeranian Pos Malaysia Bhd Semenanjung Malaysia, Mohd Effendy Abdul Ghani sependapat dengan pandangan Mohd Effendy, dengan menambah bahawa wujud keperluan untuk para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk didaftarkan kad perubatan secara automatik untuk menjamin kos perubatan semasa usia persaraan.

Beliau juga menekankan kepentingan aspek kebajikan pesara yang tidak wajar dipinggirkan, bagai habis madu sepah dibuang.

"Selepas seseorang bersara jangan dibiarkan dia begitu sahaja. Kita perlu mendekati mereka. Selepas bersara, nasibnya perlu dibela.

“Sebagai contoh di Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) ada satu jawatankuasa yang menziarahi pesara-pesara yang berdepan dengan masalah,” ujarnya.


#Inflasi #Kementerian Kesihatan Malaysia #kos sara hidup #kos perubatan #persaraan #populasi menua