MALAYSIA
Kos sara hidup: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang tertinggi - DOSM
Mohd Uzir berkata analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada tahun 2024, dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata indeks, menunjukkan perbezaan jelas di antara negeri. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Kos kehidupan wajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan antara yang paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ringkasan AI
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada tahun 2024, dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata indeks, menunjukkan perbezaan jelas di antara negeri.
Katanya, bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat indeks tertinggi pada 92 mata indeks, diikuti Pulau Pinang (84.2) dan Putrajaya (83.1).
Manakala, nilai terendah dicatat di masing-masing di Kelantan dan Sarawak (53.7 mata) dan Kedah (56.6).
"Corak serupa dilihat bagi isi rumah dua orang, dengan Selangor pada 91.4 mata indeks, Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing 84.6 mata indeks, dan indeks terendah di Kelantan (58), Kedah (58.7) dan Perlis (58.8).
"Bagi isi rumah tiga orang, indeks secara umum lebih tinggi, dengan Selangor kekal mendahului pada 92.4 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.8) dan Pulau Pinang (83.7), manakala terendah di Sabah (59.6), Perlis (60.6) dan Kedah (60.8).
"Untuk isi rumah empat orang, Selangor sekali lagi mencatat indeks tertinggi pada 91.3 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.7) dan Melaka (83), manakala indeks terendah kekal di Sabah (59.4), Kedah (60.5) dan Perlis (60.9).
"Negeri dengan indeks tinggi seperti Selangor menunjukkan kos hidup lebih tinggi, manakala negeri dengan indeks rendah seperti Kelantan, Kedah, dan Perlis mencerminkan kos hidup yang lebih rendah tetapi masih wajar," katanya dalam satu kenyataan.
DOSM hari ini mengeluarkan Indikator Kos Sara Hidup, Malaysia, 2024 yang memberikan gambaran menyeluruh dan terperinci mengenai statistik kos sara hidup bagi isi rumah Malaysia pada tahun 2024, mencerminkan perbelanjaan yang diperlukan untuk kehidupan wajar dan penyertaan bermakna dalam masyarakat.
Indeks PAKW merupakan indikator baharu dalam penerbitan Indikator Kos Sara Hidup yang digunakan untuk mengukur tahap perbelanjaan yang diperlukan bagi mengekalkan kehidupan wajar di pelbagai lokasi.
Indikator ini bertujuan untuk menyediakan ukuran relatif purata perbelanjaan yang diperlukan bagi kehidupan wajar di peringkat negeri, daerah pentadbiran dan ibu negeri serta memudahkan perbandingan antara lokasi secara relatif.
Indeks ini diwujudkan dengan menetapkan Kuala Lumpur sebagai nilai rujukan (100), manakala semua lokasi lain diukur secara relatif terhadap nilai rujukan berkenaan.
Nilai indeks yang lebih rendah menunjukkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah untuk mengekalkan kehidupan wajar berbanding nilai rujukan, manakala nilai yang lebih tinggi mencerminkan keperluan perbelanjaan yang lebih besar.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, berdasar analisis Indeks PAKW dengan mengguna Kuala Lumpur sebagai rujukan, kos kehidupan wajar bagi isi rumah seorang di Kelantan jauh lebih rendah berbanding Kuala Lumpur iaitu 46.3 peratus lebih rendah.
Katanya, jika isi rumah seorang yang tinggal di Kuala Lumpur berbelanja nilai PAKW sebanyak RM1,000, ia hanya memerlukan nilai PAKW sebanyak RM537 jika tinggal di Kelantan.
"Seterusnya, bagi saiz isi rumah empat orang, kadar perbelanjaan wajar di Perlis adalah lebih rendah berbanding Kuala Lumpur iaitu pada kadar 39.1 peratus.
"Ini bermaksud jika isi rumah empat orang yang tinggal di Kuala Lumpur berbelanja nilai PAKW sebanyak RM1,000, hanya perlu berbelanja nilai PAKW sebanyak RM609 jika tinggal di Perlis," katanya.
Beliau, melihat perbandingan di peringkat daerah pentadbiran, hanya Petaling di Selangor yang mencatat nilai Indeks PAKW melebihi rujukan Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah, daripada seorang hingga empat orang.
Bagi isi rumah seorang, Petaling mencatat indeks tertinggi pada 103.3 mata indeks, diikuti Gombak, Selangor (94.9) dan Johor Bahru, Johor (94.7), manakala indeks terendah dicatat di Pantu (27.8), Lingga (28.3) dan Sebuyau (29.1) di Sarawak.
"Bagi isi rumah dua orang, Petaling kekal tertinggi pada 104.8 mata indeks, diikuti Timur Laut, Pulau Pinang (94.9) dan Gombak (94.6), dengan indeks terendah di Pantu (29.9), Lingga (31) dan Membakut, Sabah (31.2).
"Analisis bagi isi rumah tiga dan empat orang menunjukkan trend yang sama, dengan Petaling terus mendahului, sementara Membakut mencatat indeks terendah. Bagi semua saiz isi rumah, indeks di Pantu kurang daripada sepertiga daripada Petaling, menekankan perbezaan ketara kos hidup antara daerah pentadbiran," katanya.
Ringkasan AI
- Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) menunjukkan kos kehidupan tinggi di Selangor, Pulau Pinang, dan Putrajaya berbanding negeri lain, dengan nilai terendah di Kelantan, Sarawak, dan Kedah.
- Indeks PAKW digunakan untuk mengukur perbelanjaan yang diperlukan bagi kehidupan wajar di pelbagai lokasi, di mana nilai yang lebih rendah menunjukkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah berbanding nilai rujukan Kuala Lumpur.
- Analisis menunjukkan Petaling di Selangor adalah satu-satunya daerah pentadbiran yang nilai Indeks PAKW melebihi Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah, sementara Pantu di Sarawak mencatat indeks terendah bagi isi rumah seorang hingga empat orang.