KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata sejak awal tahun ini, kerajaan telah melaksanakan Menu Rahmah yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Perpaduan di bawah program Payung Rahmah yang disasarkan untuk membantu golongan miskin.
Katanya kerajaan juga telah melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.
"Apabila lebih banyak juadah makanan dijual pada harga lebih rendah sama ada melalui Menu Rahmah atau IPR, itu akan mewujudkan persaingan yang akan meredakan kenaikan harga barang makanan siap yang seterusnya membantu kerajaan mengekang inflasi," katanya baru-baru ini.
Terbaru, bersempena dengan bulan Ramadan, kerajaan juga memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di bawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di 38 lokasi di seluruh negara.
Pelaksanaan BRR merupakan hasil kerjasama peniaga melalui libat urus bersama KPDN dalam menawarkan harga Menu Rahmah sebagai usaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Inisiatif lain bagi mengurangkan beban rakyat juga termasuklah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Tahun Baru Cina 2023 pada Januari lepas, melibatkan lapan jenis barangan, antaranya ikan bawal putih, udang putih, bawang putih dan daging babi.
Kerajaan juga menjalankan Program Penyeragaman Harga (PPH) dengan peruntukan sebanyak RM200 juta pada tahun ini, bertujuan memastikan penduduk luar bandar terutamanya pedalaman dan pulau, menikmati tujuh harga barangan keperluan pada kadar sama seperti di bandar.
Ini termasuklah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak tulen, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON 95 dan diesel.
Sehingga kini, PPH memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk meliputi 798 kawasan luar bandar membabitkan enam negeri merangkumi Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dalam pada itu, melalui Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata menterinya, Fahmi Fadzil telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih atau dikenali sebagai Pakej Perpaduan yang bernilai RM30.
Fokusnya, bagi meningkatkan capaian Internet untuk golongan belia, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.
Bagi bantuan sosial pula, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion telah disalurkan secara berperingkat sejak 17 Jan 2023.
"Berdasarkan situasi semasa, kadar inflasi dijangka kekal terkawal, iaitu antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek yang lebih stabil.
"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh, berdaya tahan dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
Rafizi berkata usaha akan ditumpukan bagi memastikan strategi dan inisiatif untuk menstrukturkan semula ekonomi mengambil kira keperluan rakyat.
"Ini bagi membolehkan matlamat negara berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan dapat dicapai selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya.
Berdasarkan usaha kerajaan ini, kadar inflasi di negara ini juga mula dilihat kesannya apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2023 kekal menyederhana pada 3.7 peratus sepertimana Januari 2023, berbanding 4.7 peratus yang merupakan kadar tertinggi inflasi pada Ogos 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Berdasarkan usaha kerajaan ini, kadar inflasi di negara ini juga mula dilihat kesannya apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2023 kekal menyederhana pada 3.7 peratus sepertimana Januari 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA

Wan Rosdy terima Ijazah Kehormat PhD dari Universiti Yarmouk
Ia sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan Universiti Yarmouk.
Israel perlu bertanggungjawab lindungi penduduk Palestin - Azalina
Israel sebagai pihak yang menduduki, mempunyai kewajipan untuk melindungi penduduk di bawah kawalannya.

Tarif Trump: China sekali lagi nafi wujud rundingan dengan wakil AS
Kenyataan itu menolak dakwaan Trump dalam satu wawancara dengan Time minggu lalu, bahawa Presiden China Xi Jinping telah menghubunginya.

Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 Sept 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Warga media rakan strategik kerajaan - Dr Zaliha
Warga media merupakan rakan strategik kerajaan yang berperanan membina kefahaman, memupuk perpaduan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju serta tindakan Kerajaan MADANI.

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

PRN Sabah: Armizan sahkah tidak tanding kerusi DUN di Papar
Armizan Mohd Ali mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, sebaliknya akan terus memberi fokus sebagai Ahli Parlimen Papar.

Kos perubatan selepas bersara menjadi kebimbangan pekerja - Penganalisis
Pekerja-pekerja di Malaysia bimbang mengenai keupayaan untuk membiayai bil-bil berkaitan perubatan susulan peningkatan kos kesihatan yang ketara ketika ini.

Peralihan ketara Malaysia: Mengharungi cabaran penting subsidi bersasar
Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 April 2025.

PRU Singapura 2025: PAP mulakan kempen dengan menang tanpa bertanding, 92 kerusi dipertandingkan
Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan.

CUEPACS gesa kerajaan kaji semula pelaksanaan skim MySTEP kepada pegawai pemantau harga
CUEPACS menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula pelaksanaan skim MySTEP kepada pegawai pemantau harga (PPH), yang berkhidmat di bawah KPDN.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Naikkan gaji tak selesaikan isu kos sara hidup - Dr Mahathir
Dr Mahathir mengingatkan peningkatan gaji tidak akan meningkatkan kuasa beli rakyat.

PAP Singapura lancar manifesto menjelang PRU2025
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura Lawrence Wong pada Khamis melancarkan manifesto parti itu menjelang pilihan raya umum (PRU) yang dijangka sukar bulan depan.

SSM umum empat inisiatif baharu bertujuan memperkukuh ekosistem perniagaan negara
Inisiatif itu diperkenalkan untuk memperkukuhkan ekosistem perniagaan negara serta meningkatkan tahap pematuhan korporat,mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh komuniti perniagaan.