awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
10/08/2024
00:00 MYT
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Annsley mencadangkan agar satu bon diwujudkan agar pekerja kekal dengan syarikat untuk tempoh setahun selepas terima insentif gaji progresif. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan calon pascasiswazah Universiti Malaya (UM), Annsley Dashawna Stephen mencadangkan agar satu bon diwujudkan untuk memastikan pekerja kekal dengan syarikat untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun selepas mendapat insentif gaji dan latihan kemahiran.
"Jika majikan memberikan kursus kepada pekerja dan pekerja dapat raih kemahiran tinggi, saya tidak rasa pekerja akan tinggal syarikat tersebut tanpa sebab.
“Majikan mungkin boleh adakan satu kontrak yang menyatakan jika seseorang pekerja itu menyertai suatu kursus, maka mesti kekal dengan syarikat untuk setahun atau dua tahun, seperti bon.
“Ini akan mengurangkan kos majikan kerana majikan tidak perlu cari pekerja lain daripada luar syarikat. Berbanding perlu bayar gaji kepada pekerja baharu, lebih baik cari bakat dalaman dan berikan mereka ilmu serta kemahiran untuk bertambah baik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran – Ahli Parlimen Belia
Pada Rabu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP bermula Jun lepas termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.
Majikan-majikan tersebut perlu memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999, yang merangkumi pekerja separa berkemahiran dan yang mempunyai pengalaman luas.
Topic Berkaitan
#gaji
#Dasar Gaji Progresif
#insentif gaji
#latihan kemahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan