Kos tunaikan haji 2026 akan diumumkan 22 Okt ini

Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Ringkasan AI
- Menteri Agama Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata Tabung Haji akan umum kadar kos haji 2026 pada 22 Oktober.
- Surat tawaran haji akan diedarkan selepas pengumuman kos, dengan jaminan kadar tidak membebankan jemaah terpilih.
- TH ambil langkah proaktif kurangkan penolakan tawaran haji dengan kemas kini data dan persediaan jemaah bagi memanfaatkan kuota 31,600 orang.
"Ini kerana kita mahu peratusan mereka yang menolak tawaran haji itu akan dapat dikurangkan kerana mereka yang ditawarkan giliran tetapi menolak pada 2025 agak ramai," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Menteri Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) di Dewan Terbuka Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata TH turut mengambil langkah proaktif memastikan jemaah haji yang mendapat giliran pada tahun ini tidak menolak tawaran tersebut termasuk mengenal pasti keberadaan bakal jemaah tersebut dan mengemaskini data dengan lebih awal.
Tambah beliau semua langkah itu bagi memastikan bakal jemaah bersedia sebaiknya dari aspek kewangan, fizikal dan mental sebelum menunaikan haji.
"Ia juga dapat memastikan tidak berlaku 'kerugian' pada kouta yang telah ditetapkan dengan setakat ini seramai 31,600 orang," katanya.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami