KUALA LUMPUR: Kos perbelanjaan yang tinggi merupakan cabaran Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di setiap hospital di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pelaksanaan sistem itu memerlukan belanjawan yang tinggi dengan mungkin mencecah bilion ringgit kerana perlu menaik taraf infrastruktur hospital serta kesesuaian bangunan juga diambil kira.
"Peralatan yang sedia ada juga lama, jadi kita perlu menaik tarafnya sama ada membaik pulih atau menggantikan yang baharu. Perkara ini turut menyumbang keperluan bajet yang tinggi selain kos sistem itu sendiri.
"Bagi pelaksanaan yang tuntas mengenai perkara ini, kita memerlukan kerjasama daripada Kementerian Kewangan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin tahu jangkaan sistem EMR boleh berintegrasi sepenuhnya serta kekangan dihadapi KKM dalam melaksanakannya kerana dilihat setiap hospital masih bekerja silo berhubung rekod perubatan pesakit.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata sehingga kini, sebanyak 103 Klinik Kesihatan telah dilengkapkan dengan sistem Teleprimary Care - Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) dan 42 Klinik Kesihatan di Negeri Sembilan akan dilengkapi sistem sama melalui projek EMR Kebangsaan.
"Terdapat 1,027 Klinik Kesihatan yang menggunakan sistem janji temu dalam talian melalui aplikasi MySejahtera, manakala 370 Klinik Kesihatan menawarkan perkhidmatan klinik maya kepada pelanggan mereka.
"Perancangan seterusnya adalah untuk memperluas semua sistem berkaitan secara lebih menyeluruh bagi mencapai objektif sistem maklumat kesihatan bersepadu," katanya menjawab soalan asal Tan mengenai status terkini dalam pelaksanaan sistem EMR di hospital dan klinik di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Dr Zaliha berkata pelaksanaan sistem itu memerlukan belanjawan yang tinggi dengan mungkin mencecah bilion ringgit kerana perlu menaik taraf infrastruktur hospital serta kesesuaian bangunan juga diambil kira. -Gambar fail/Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Cadangan tempatkan FELDA bawah KKDW akan dibawa ke Kabinet
Cadangan supaya FELDA ditempatkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan dikemukakan kepada Kabinet untuk dibincangkan.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam Putrajaya dalam pertimbangan - Dr Zaliha
Cadangan pemasangan CCTV di kuarters penjawat awam terutama jenis pangsapuri di Putrajaya sedang dalam pertimbangan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Karnival Deepavali pacu ekonomi tempatan, berpotensi jadi tarikan tahunan - Dr Zaliha
Acara itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan dan kepelbagaian budaya tempatan.
Kedai makan, medan selera 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan
Pasukan KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew sebagai 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
Sambutan Hari Kebangsaan luar biasa, satu padukan rakyat Malaysia
Gobind berkata kehadiran rakyat Malaysia yang sangat ramai membuktikan sambutan berkenaan meriah serta menonjolkan semangat kebersamaan.