MALAYSIA
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir pada malam ini. - Foto Facebook JKR Sabah
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir pada malam ini.
Ringkasan AI
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan.
"Sehubungan dengan itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Kinabalu telah diaktifkan bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan malam ini.
Orang awam boleh menghubungi talian hotline pusat itu 088-210 011 atau 088-239 681 untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkenaan bencana sekitar Kota Kinabalu.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan beberapa jalan di Kota Kinabalu tidak boleh dilalui akibat banjir kilat malam ini, antaranya Jalan Tongkuzu, Jalan Ulu Kionsom 1, Jalan Undan, Jalan Likas Industries, Jalan Rampayan dan Jalan Gudon.
"Setakat ini tiada jalan alternatif yang boleh dilalui pengguna jalan raya. Pengguna diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak menggunakan jalan itu," katanya dalam kenyataan berasingan.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Beaufort bertambah kepada 300 orang daripada 108 keluarga malam ini, berbanding 282 orang daripada 102 keluarga petang tadi.
"Semua yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon. Sebanyak tujuh kampung terjejas banjir di Beaufort," katanya dalam kenyataan lain.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPBD Kota Kinabalu mengisytiharkan bencana banjir di daerah tersebut berdasarkan laporan lapangan.
- Pusat Kawalan Operasi Bencana Kota Kinabalu telah diaktifkan dan orang awam boleh hubungi hotline pusat untuk maklumat lanjut.
- JKR Sabah memaklumkan beberapa jalan di Kota Kinabalu ditutup akibat banjir kilat, tanpa jalan alternatif yang selamat untuk dilalui.