awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5

Nailah Huda
Nailah Huda
27/01/2023
06:28 MYT
KPDN cadang kedai makan perkenal Menu Rahmah bawah RM5
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika sidang media selepas sesi Walkabout dan Pemeriksaan Ops Menu di Restoran Mak Kimbong hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan supaya kedai-kedai makan memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga bawah RM5 sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan.
Jelas Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menu Rahmah yang terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur itu dijangka mendapat persetujuan daripada beberapa persatuan kedai makanan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.
“Nampaknya setakat ini, semua persatuan bersedia untuk mewujudkan menu tersebut yang dinamakan Menu Rahmah. Kami akan mengumumkan MoU dalam masa terdekat dengan pengusaha kedai makan termasuk kedai tom yam.
“Saya harap peranan kementerian sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bandar Baru Bangi selepas melakukan lawatan mengejut di beberapa kedai makan sebahagian daripada Ops Menu 3.0.
Menurutnya, semua premis yang dikunjungi tidak mempamerkan harga makanan.
Bagaimanapun, tiada saman atau tindakan undang-undang dikenakan, sebaliknya hanya nasihat atau panduan diberi pihaknya kepada pemilik-pemilik premis sebagai permulaan.
“Kita tidak mahu mengambil pendekatan undang-undang. Kita elak daripada menyaman tetapi saya berharap premis-premis ini dapat mematuhi peraturan.”
Melalui Ops Menu 3.0 yang bermula sejak 23 Januari lalu, sebanyak 614 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara setakat 26 Januari bagi memantau dan menangani isu harga makanan bermasak.
Daripada jumlah tersebut, pihak kementerian telah mengambil tindakan terhadap sembilan kes membabitkan peniaga yang melakukan kesalahan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Menu Rahmah
#harga makanan
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan