MALAYSIA
KPDN cadang perluas akses barangan keperluan penerima SARA di Jualan Rahmah - Armizan
Armizan berkata sehubungan itu, kementeriannya mencadangkan agar bantuan SARA turut boleh digunakan untuk pembelian di Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bergerak, selain pembelian di premis perniagaan yang sedia ada. - Foto BERNAMA
RANAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan berkerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF), bagi memperluas akses pembelian barangan keperluan asas kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata sehubungan itu, kementeriannya mencadangkan agar bantuan SARA turut boleh digunakan untuk pembelian di Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bergerak, selain pembelian di premis perniagaan yang sedia ada.
Beliau berkata setakat ini penerima SARA hanya boleh membeli barangan keperluan asas di 4,152 premis pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara, termasuk 470 premis di Sabah.
"Inisiatif ini membolehkan penerima SARA terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman membuat pembelian menggunakan bantuan SARA yang disimpan dalam MyKad di lokasi-lokasi PJRM bergerak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival KPDN 2025 Zon Sabah di sini Sabtu malam.
Armizan berkata melalui peruntukan tambahan berjumlah RM300 juta untuk PJRM, KPDN akan meningkatkan kekerapan pelaksanaan PJRM di seluruh negara dengan sasaran sebanyak 20,000 siri pelaksanaan sepanjang tahun ini.
"Bagi Sabah, KPDN menyasarkan sebanyak 2,276 siri PJRM sepanjang tahun ini dan sejak 1 Jan hingga 26 Julai 2025, sebanyak 1,089 siri PJRM telah dilaksanakan di Sabah.
"Justeru, kita akan melaksanakan beberapa pendekatan bagi memastikan 2,276 siri PJRM tersebut dapat dilaksanakan di Sabah sehingga penghujung tahun ini," katanya.
Armizan berkata antara pendekatan yang akan dilaksanakan ialah penambahbaikan dengan meningkatkan jumlah barangan yang ditawarkan (SKU) dan memperluas kerjasama dengan rakan strategik sektor peruncitan.
"Melalui penambahbaikan ini, rakyat akan mempunyai lebih banyak pilihan. Kementerian tidak mampu bergerak sendirian seperti sebelum ini. Sebagai contoh, dalam siri PJRM hari ini pun, ia turut dilaksanakan dengan kerjasama rakan peruncitan," katanya.
Armizan berkata tahun ini merupakan tahun kedua KPDN melaksanakan karnival seumpama itu dan sebanyak enam jelajah Karnival KPDN akan diadakan sepanjang tahun ini.
"Karnival KPDN berserta Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diadakan di Ranau, Sabah, merupakan siri kedua yang dilaksanakan tahun ini. Penganjuran program selama tiga hari sehingga esok dijangka akan menarik kira-kira 60,000 pengunjung," katanya.
Armizan berkata objektif utama penganjuran adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan di peringkat akar umbi, khususnya perkhidmatan di bawah tanggungjawab dan fungsi KPDN.
"Karnival KPDN 2025 juga menjadi pemangkin dalam memperkasakan KBBM menerusi tema 'Jom Beli Lokal' sebagai sokongan berterusan terhadap produk tempatan dan pengukuhan ekonomi domestik. Kempen ini merupakan langkah strategik memperkukuh pertumbuhan ekonomi domestik, sekali gus membantu usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dalam peluasan jaringan pasaran.
"Pada masa sama, inisiatif ini memberi ruang untuk menonjolkan kualiti produk tempatan yang boleh menjadi pilihan utama, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import," katanya.
-- BERNAMA