awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000

Bernama
Bernama
12/07/2023
16:34 MYT
KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000
Dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ. - Foto Facebook KPDN Kedah/Sinar Harian
ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 3,800 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM28,170 dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stor di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, pada Selasa.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai empat unit IBC tank (intermediate Bulk Container) yang berisi minyak diesel, satu unit IBC tank kosong, dua unit Skid Tank dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan," katanya dalam satu kenyataan, malam ini (Rabu).
Affendi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Kedah
#rampas diesel
#seleweng
#Perindustrian Bukit Kayu Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan