ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebuah mesin pembungkus beras dalam Op Beras Putih Tempatan di sebuah kilang beras di Mergong di sini hari ini.
Pengarah Pejabat KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata pemeriksaan yang bermula pada 8.30 pagi itu mendapati mesin yang digunakan untuk membungkus beras tersebut disyaki tidak ditentusahkan.
"Nilai sitaan dianggarkan RM35,000 dan kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata operasi itu turut melibatkan agensi Kawalselia Beras dan Padi, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia.
Sementara itu, Affendi berkata dalam operasi berasingan pada 24 Okt lepas di sebuah kilang beras di Simpang Empat dekat sini, pihaknya merampas 9,000 liter diesel kerana tidak mempunyai permit untuk menyimpan barang kawalan tersebut.
"Semasa pemeriksaan dijalankan, anggota penguat kuasa KPDN menemui sebuah tangki gelongsor yang mengandungi minyak diesel anggaran 6,000 liter dan 3,000 liter di dalam tiga unit tangki IBC (Intermediate Bulk Container).
"Nilai rampasan bagi bahan bakar itu dianggarkan RM28,800," katanya dan menambah siasatan dijalankan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebuah mesin pembungkus beras dalam Op Beras Putih Tempatan di sebuah kilang beras di Mergong hari ini. - Foto Facebook KPDN Kedah
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KPDN Kedah sita mesin pembungkus beras dan 9,000 liter diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebuah mesin pembungkus beras dalam Op Beras Putih Tempatan di sebuah kilang beras di Mergong di sini hari ini.