KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah 9.35 tan metrik minyak masak bersubsidi bernilai RM62,375 di Kampung Pengkalan Datu dekat Sering, di sini, petang semalam.
Pengarahnya Azman Ismail berkata menerusi Operasi Bersepadu pada 2 petang semalam, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota KPDN bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga setelah mengesan aktiviti mencurigakan oleh empat lelaki di sebuah premis.
"Kesemua mereka berusia antara 25 hingga 50 tahun didapati sedang memunggah beberapa kotak disyaki berisi minyak masak dari dalam premis ke sebuah kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen berkaitan urus niaga borong atau runcit barangan kawalan tersebut," katanya pada sidang media di Stor Penyimpanan Barang Kes KPDN di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Azman berkata kesemua lelaki tersebut ditahan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen sah.
"Kita mendapati modus operandi pihak sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dari luar Kelantan kerana sekatan dan kawalan ketat, dan stok akan disimpan sementara di suatu tempat sebelum diseludup ke negara jiran", katanya.
Beliau berkata jika sabit kesalahan suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
KPDN Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah 9.35 tan metrik minyak masak bersubsidi bernilai RM62,375 di Kampung Pengkalan Datu dekat Sering, petang semalam. - Foto Facebook/KPDN Kelantan
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.