awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kelantan rekod 284 kes dengan nilai rampasan lebih RM800,000

Bernama
Bernama
20/04/2025
12:30 MYT
KPDN Kelantan rekod 284 kes dengan nilai rampasan lebih RM800,000
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata daripada jumlah itu, 14 kes telah dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda RM50,000 manakala kompaun yang berjaya dikutip berjumlah RM50,300. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merekodkan 284 kes pelanggaran undang-undang melibatkan rampasan bernilai lebih RM800,000 bagi tempoh dari 1 Jan tahun ini hingga semalam.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata daripada jumlah itu, 14 kes telah dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda RM50,000 manakala kompaun yang berjaya dikutip berjumlah RM50,300.
Beliau berkata sebanyak 55 tangkapan turut direkodkan sepanjang tempoh berkenaan hasil operasi penguatkuasaan berterusan di seluruh negeri.
"Sebanyak 94 kes dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan rampasan barang kawalan bernilai RM136,713.58 dengan jumlah keseluruhan rampasan di bawah akta itu mencecah RM804,996.48 dan 54 tangkapan dibuat.
"Nilai kompaun bagi kes-kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah RM130,300 manakala denda dikenakan oleh mahkamah berjumlah RM50,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN Kelantan di pejabatnya, di sini hari ini.
Azman berkata pihaknya turut menyita bahan api bersubsidi melibatkan 20,846 liter petrol bernilai RM43,251.31 dan 14,963 liter diesel bernilai RM42,435.39.
Selain itu, KPDN Kelantan menerima sebanyak 55 kes serahan daripada agensi penguat kuasa lain, membabitkan rampasan pelbagai barang kawalan seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair, gula, minyak masak dan tepung gandum, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM113,387.04.
"KPDN Kelantan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyalahgunakan atau menyeludup barang kawalan bersubsidi bagi menjamin kestabilan bekalan dan melindungi hak pengguna.
"Operasi dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan sempadan bagi membendung aktiviti penyelewengan dan penyeludupan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN kelantan
#rampasan
#kompaun
#Kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan